Friday, 19 December 2008

Korban Dalam Ketaatan

Mungkin agak mudah untuk menyembelih manusia seperti yang kita saksikan dalam sesetengah tragedi ganas semasa peperangan di Iraq, Palestin bahkan di Selatan Thailand. Namun, untuk menyembelih seorang anak, semua orang tidak mungkin sanggup melakukannya. Lebih payah lagi jika anak itu adalah seseorang yang amat disayangi dan dikasihi.

Peristiwa silam menyaksikan bahawa Nabi Ibrahim a.s menerima apa-apa perintah Allah swt. dengan rasa penuh ketaatan dan reda. Baginda pernah diperintah melawan Zamrud sehingga baginda dibakar dalam unggun api yang besar. Nabi Allah Ibrahim a.s juga pernah diperintahkan supaya berhijrah ke tanah yang tandus... (Makkah), yang tidak berpenghuni dan diperintahkan meninggalkan isteri dan anak baginda yang baru dilahirkan.

Semua itu, baginda menuruti kehendak Allah swt. dengan penuh rasa sedar bahawa kehendak Allah swt. mengatasi segala kehendak sendiri. Nilai tawakkal yang ditunjukkan itu bukan sebesar yang pernah kita fikirkan. Baginda sedar keagungan dan kebesaran Penciptanya. Baginda tahu nilai diri... siapa diri berbanding Sang Pencipta. Dengan keimanan dan keyakinan itu baginda menjalani perintah Allah swt. tanpa curiga dan ragu-ragu. Allah lah yang menentukan segalanya. Menuruti segala perintahNya adalah merupakan kebaikan yang tiada tolak bandingnya. Kerana Dialah yang memegang rahsia kebaikan. Tiada suatupun yang dikehendaki Allah itu merupakan perkara yang tiada kebaikan atau sia-sia. Tiada suatupun yang dilarang oleh Allah merupakan suatu perkara yang membawa kebaikan kepada manusia.

Perintah membawa maksud tertentu... yang mungkin manusia tidak tahu. Sebaliknya larangan membawa maksud keburukan atau natijah yang buruk.

Walaupun sukar untuk dibayangkan bagaimana pelaksanaan menyembelih anak yang disayangi dengan tangan sendiri, namun Nabi Ibrahim a.s tidak bertangguh untuk melakukannya. Langkah pertama ialah menceritakan kepada isterinya. Isteri yang terdidik dengan kesedaran bahawa perintah Allah swt. adalah satu pengabdian, terus mempersetujui penyembelihan itu. Selanjutnya Nabi Allah Ibarahim menanyakan kepada anakandanya yang meningkat remaja itu juga dengan penuh rasa perhambaan dan pengharapan terhadap redha Allah swt terus tidak membantah. Relakan segala perintah Allah swt.

Sebilah pedang ditajamkan dengan setajam-tajamnya. Bukit didaki oleh kedua-duanya untuk melaksanakan satu perintah. Ayah telah sedia menyembelih meletakkan tengkuk anak di atas batu. Anak meminta matanya ditutup dengan baju kerana deria keinsanan pasti merasai gerun akan satu kematian. Dengan nama Allah swt Ismail a.s disembelih... dengan kuasa Allah swt. pedang yang tajam tidak menghiris kulit Ismail a.s sedikitpun. Tiada daya dan tiada upaya melainkan Allah. Bagi menguji ketajaman ditetaknya batu di sekitarnya maka terbelah dua batu itu.

Dicubanya lagi untuk sembelih Ismail a.s beberapa kali, namun hasilnya sama, tiada luka pun. Maka di akhir ujian getir itu Allah swt. memerintahkan Malaikat untuk menyampaikan kambing biri-biri kepada kedua-dua untuk disembelih menggantikan penyembelihan Ismail a.s.

Bergembiralah kedua-duanya atas nikmat pemberian Allah swt.

Monday, 15 December 2008

Impian Adalah Kenyataan Masa Hadapan

Aku punya cita-cita dan impian yang sama seperti semua orang. Ingin menjadi hebat dalam semua lapangan. Ingin pandai dan berkemahiran dalam segala bidang. Juga ingin benar menulis seperti karyawan. Gaya bahasa seperti sasterawan. Ingin miliki selaut ilmu pengetahuan. Jadi guru kepada insan-insan.

Kadang-kadang cita-cita dan keinginan kita terhalang. Jalan-jalan yang kita lalui tidak sentiasa terbentang. Hidup penuh dengan kesibukan. Itu dan ini perlu dilaksanakan. Terpaksa akur kehendak alam. Menangguh lagi segala perancangan. Namun segala yang diimpikan dikubur jangan.

Langkah demi langkah kita aturkan dalam menghadapi segala cabaran. Menulis memerlukan masa dan ruang. Idea mesti padat dengan segala fakta dan menulis dengan penuh kejujuran. Menulis bukan perlu nama yang besar sakan. Kalau keinginan sebesar bukit jangan sebesar jarum yang hanya kamu lakukan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih orang tua pesan.

Jatuh bangun kembali dengan penuh azam. Yang tertangguh perlu sekali lagi kita mulakan. Mulakan... mulakan... dan sentiasa mulakan... Kita sendiri yang menentukan... jauh dekat impian menjadi kenyataan. Mulai sekarang, jangan hanya merenung awan, lautan, tulislah sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Kita menulis bukan untuk mengisi kekosongan, bahkan kita tulis sesuatu yang perlu dibacakan.

Manusia punyai impian. Suatu masa impian akan menjadi kenyataan bila kita tabah usahakan. Aku yakin pada masa hadapan impian akan menjadi kenyataan. InsyaAllah... Wallahu Taala A'lam!

Thursday, 30 October 2008

Kampung Telian, Takbai, 1980

"Wajib bagi orang Islam menuntut kemerdekaan dan membebaskan negara yang asalnya adalah milik orang Islam", tegas abahku pada suatu ketika.

Atas dasar itulah Mujahidin di wilayah-wilayah Patani berjuang menuntut kemerdekaan dari Siam. Mereka menuntut hak-hak mereka. Ini tanah air mereka. Mereka ingin memerintah sendiri negara asal mereka.

Patani dulunya adalah sebuah kerajaan Islam. Rajanya adalah orang Melayu Islam. Rakyatnya majority Muslim. Buktinya Raja-raja di Tanah Melayu juga mempunyai pertalian dengan Raja Patani. Raja Patani yang lari dari serangan Siam berlindung di Tanah Melayu. Kewujudan makam Raja Patani di Kelantan adalah salah satu asas kukuh mengaitkan Empat Wilayah Selatan Siam adalah milik kerajaan Islam.

Tidak sedikit bukti yang menunjukkan Patani adalah Negara Islam asalnya dan dijajah oleh Siam. Dalam buku sejarahpun diceritakan hal demikian. Tapak-tapak sejarah seperti masjid dan istana raja terdapat di Wilayah berkenaan.

Perjuangan suci Mujahidin Patani ini banyak menimbulkan keresahan di kalangan pemerintah Siam. Banyak sekali peristiwa-peristiwa berdarah dalam perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Mereka sebenarnya berjuang menuntut kebebasan. Kebebasan dari tekanan-tekanan Penjajah!

Orang Islam di wilayah Patani ditekan dengan berbagai-bagai tekanan, termasuklah tekanan politik, tekanan sosial dan tekanan ekonomi. Walaupun zahirnya Raja Siam memberi perhatian ke atas orang melayu dengan berbagai-bagai peruntukan termasuklah membina sekolah agama dan masjid Besar Naratiwat misalnya, namun agenda tersembunyi pemerintah itu banyak mengorbankan orang melayu. Orang melayu menjadi mangsa bila yang muda didedahkan dengan wabak penagihan dadah yang berleluasa tanpa bendungan dari pemerintah bagaikan ia satu kesengajaan. Yang mengedar dadah bebas berniaga. Yang ketagih ditangkap dan dihapuskan. Ramai budak-budak Kampung Telian yang ditangkap atas sebab ketagihan dadah. Dan ramai pula yang mati selepas 3 bulan dibebaskan. Seakan mereka disuntik untuk mati dalam tempoh itu. Ramai juga yang mati dalam tahanan.

Dasar kerahan tenaga juga tidak terkecuali ke atas orang Melayu yang semestinya diletakkan di barisan hadapan. Ini antara igauan ngeri sebagai rakyat Negara Siam. Itulah punca utama orang melayu lari dari pemerintah dan menjadi orang buangan, bersembunyi di bukit-bukit dan menyertai Mujahidin.

Kaum tua pula digalakkan menyertai tabligh. Kegiatan tabligh yang seakan terpesong dari perjuangan Islam itu berakar umbi di bumi Patani. Mereka diharamkan bergiat dalam arena politik malah diharamkan menyebut soal-soal jihad. Mereka disogok dengan fahaman tabligh sempit. Mereka bergerak dalam batasan yang sempit dan memberi kenyamanan pada pemerintah. Tiada langsung terdetik dan terlintas di hati mereka tentang hak-hak mereka sebagai muslim yang disuruh membebaskan tanah air yang dijajah.

Kesedaran inilah yang membawa kepada rancangan-rancangan dasar untuk mujahidin menekan pemerintah agar memberi hak kepada orang Islam. Jika tidak cara lembut cara kasar pun dilakukan juga. Yang penting tujuan utama untuk membebaskan negara Islam yang ditawan berhasil.

Tahun 1980 menyaksikan sawah bendang Telian diwarnai dengan merah darah mujahidin. Seramai 11 orang termasuk seorang kanak-kanak belasan tahun terkorban. Peristiwa berdarah ini bermula ketika 10 orang mujahidin paling dikehendaki oleh pemerintah melintasi sawah bendang dari Kampung Telian menuju ke Kampung Puyu yang jaraknya hanya 10 km. Gerak-geri mereka yang telah lama diperhatikan. Kebetulan pada hari itu tentera Siam mendapat peluang terbaik untuk bertindak menghapuskan mereka. Mereka dikepung di tempat terbuka- sawah padi. Dengan jumlah pasukan tentera yang ramai dibantu dengan jentera seperti kereta perisai, helicopter, bot tentera dengan sekelip mata 10 orang Mujahidin bersama seorang kanak-kanak dikepung. Kanak-kanak itu hanya menumpang mereka untuk ke kampung sebelah. Adegan tembak menembak berlarutan selama beberapa jam sebelum kesemua 11 orang terkorban. Syahid!

Peristiwa itu mengingatkan tahun kelahiranku-1980. Pada masa itu, aku baru sebulan dilahirkan di kampung Telian, Takbai. Ketika itu aku masih belum mengerti apabila peluru-peluru sesat jatuh bertaburan di laman rumah. Peluru-peluru itu jatuh merata-rata. Guruh gempita. Gamat suasana.

Abah dan umi selalu bercerita tentang peristiwa itu, memberi gambaran bahawa aku dilahirkan dalam keadaan daerahku agak mendesak. Berbagai-bagai kesukaran wujud di tanah tumpah darahku. Walaupun hati kami gembira sepanjang tinggal di sana namun dari sudut yang terdalam kami mengharapkan akhirnya Patani bebas sebagai sebuah negara Islam. Doakanlah!

Tuesday, 28 October 2008

SEPULUH WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH

Wednesday, 22 October 2008

Pembangunan Ummah



Ipoh 2007

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku!!……."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya:

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan! di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku……". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu….

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih. Betapa tinggi & tulusnya cinta Rasulullah kepada kita…..

Sebarkan kisah ini kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka…

Friday, 17 October 2008

Gambar 2008

Sekitar 2008...

Dengan anggota nasyid Brotherz di Pelancaran Sahabat YaPEIM
Masjid Wilayah pada 4 Ogos 2008

Senam Robit,

Hari Keluarga Agensi Bawah Menteri Di JPM yang diadakan di ILIM pada 2 Ogos 2008

Feri Pangkor

Kursus Imam 12 Februari 2008

GALLERY

Koleksi Lukisan

COMRADE

Gambar 2008

Cameron Sept. 09

Lukisan

Antara Lukisan Wan Hisyam
Titian Perjalanan (2001)

Sungai Telian (2002)


Salwa (1999)


Aku Rakyat Biasa (2001)

Wednesday, 15 October 2008

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

  2. Sabar apabila mendapat kesulitan;

  3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

  8. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;

  9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

  10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

  11. Jangan tamak kepada harta;

  12. Jangan terlalu mengimpikan sesuatu kedudukan;

  13. Jangan hancur karena kezaliman;

  14. Jangan goyah kerana fitnah;

  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

  17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

  19. Jangan sakiti anak yatim;

  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

  23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;

  24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

  25. Biasakan shalat malam;

  26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

  28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

  30. Jangan marah berlebih-lebihan;

  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

  32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

  33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

  36. Jangan percaya ramalan manusia;

  37. Jangan terlampau takut miskin;

  38. Hormatilah setiap orang;

  39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

  41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

  43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

  44. Perbanyak silaturrahim;

  45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

  46. Bicaralah secukupnya;

  47. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

  48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

  49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

  50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

  51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

  52. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

  53. Hormatilah kepada guru dan ulama;

  54. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

  55. Cintai keluarga Nabi saw;

  56. Jangan terlalu banyak hutang;

  57. Jangan terlampau mudah berjanji;

  58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

  59. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti melakukan sesuatu yang tidak berguna;

  60. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

  61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

  62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

  63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

  64. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

  65. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya;

  66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

  67. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

  68. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

  69. Jangan melukai hati orang lain;

  70. Jangan membiasakan berkata dusta;

  71. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

  72. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

  73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

  74. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

  75. Jangan membuka aib orang lain;

  76. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

  77. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

  78. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

  79. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

  80. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

  81. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

  82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

  83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

  84. Hargai prestasi dan pemberian orang;

  85. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

  86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

  87. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

  88. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;

  89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

  90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

  91. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

  92. Jangan cepat percaya kepada berita keburukan yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan sebenarannya;

  93. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

  94. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

  95. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

  96. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.

  97. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

  98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkankebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;

  99. Jangan merasa senang di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.




May Allah bless you everyday.



Ameen=====


"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "NescayaAllahmemperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Danbarangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3... banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2... melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

Monday, 13 October 2008

Kata-kata hikmat Saidina Ali

Kata-kata hikmat Saidina Ali untuk diamalkan

  • Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa khusyuk.

  • Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

  • Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

  • Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak.

  • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

  • Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

  • Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

  • Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak, sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Wednesday, 24 September 2008

Amalan Murni Pada Eid Mubarak

Firman Allah SWT. "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran:10).

Kita selaku umat terbaik mestilah menyambut hari raya dengan amalan yang cukup baik di sisi agama sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti memperbanyakkan takbir dan tahmid.

Takbir boleh dilakukan sepanjang masa bermula selepas solat maghrib terakhir Ramadhan sehingga ke hari raya iaitu sebelum solat sunat hari raya. Secara spesifiknya takbir terbahagi kepada dua iaitu Takbir Mursal dan Takbir mqaiyyad. Takbir mursal ialah takbir yang tidak terikat dengan waktu solat (sepanjang masa). Manakala takbir muqaiyyad ialah takbir yang diucapkan selepas solat fardhu.

Malam raya pula disebut sebagai Lailatul Jaaizah iaitu malam pengurniaan hadiah daripada Allah Taala yang rahmat dan pengampunanNya setelah kita berjaya mengharungi pelbagai ujian di bulan puasa.

Sembahyang sunat hari raya disyariatkan dalam tahun pertama hijrah. Dalam hal ini, Anas bin Malik pernah berkata: "Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu, penduduk Madinah sudah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan." Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wata'ala telah menggantikan yang dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya dan Aidiladha." (Ahmad, Abu Daud, Naasa'ei dan al-Baihaqi) Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadan), dan hendaklah kamu mengagumkan Allah atas petunjuk yang diberikan-Nya ke pada kamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah : 185)

Kita dianjurkan bersyukur kepada Allah Taala atas kebesaran nikmat yang telah diberikan. Pun begitu kita tidak digalakkan membazir. Jadilah orang yang sederhana dalam semua keadaan.

Alangkah baiknya kalau malam yang mulia ini dihidupkan dengan pelbagai ibadah. Antara ibadat yang boleh dilakukan ialah banyakkan bertakbir, beristiqhfar, solat tasbih dan memuji kebesaran Allah pada malam hari raya itu.

Amalan yang baik untuk menyambut hari raya ialah disuruh mandi, bersugi (menggosok gigi) dan memakai wangi-wangian. Disunatkan menjamah makanan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya. Dalam mengerjakan sembahyang Aidilfitri atau berziarah, kita disuruh memakai pakaian yang bersih dan cantik. Hassan bin Ali berkata "Rasulullah SAW. menyuruh kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung kepada kemampuan kami." Amalan ini haruslah dilakukan oleh umat Islam kerana ia menunjukkan kebersihan dan kegembiraan ketika menyambut Hari Raya.
Umat Islam juga disuruh pergi menunaikan sembahyang hari raya iaitu setelah selesai mengerjakan sembahyang subuh dan hendaklah bersiap untuk pergi ke masjid. Pelbagai amalan yang baik boleh dilakukan sempena Hari Raya, antaranya mengeratkan hubungan silaturahim dengan berkunjung ke rumah saudara-mara yang lebih tua, sahabat atau jiran.

Menziarahi kubur juga boleh dilakukan pada Hari Raya seperti dilakukan oleh umat Islam di negara ini. Amalan ini juga boleh dilakukan sebelum hari raya.

Akhir sekali, jagalah adab dan sopan sepanjang hari raya. Sesungguhnya hari raya Islam tidak sama dengan hari raya kaum lain. Walaupun hari raya adalah hari untuk bergembira dan bersuka ria tetapi janganlah sampai melampaui batas sehingga terjadi kekufuran, kemungkaran serta menjadi sahabat syaitan. Wallahu A’lam!

كل عام وأنتم بخير من العيد والفائزين المقبولين

Akhirat Satu Wawasan

Nabi Muhammad SAW telah bersabda; “orang yang paling bijak ialah orang yang sering mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya”.


Seseorang yang bercita-cita tinggi dan berwawasan adalah dikatakan berpandangan jauh. Sedangkan orang yang dapat berpandang jauh itulah orang yang bijak. Misalnya, segala apa yang dilakukan hari ini adalah untuk dicapai pada seribu tahun akan datang. Sebagaimana sesebuah negara yang berwawasan, Malaysia contohnya, mempunyai wawasan 2020 dikatakan sebuah negara yang bijak. Masyarakat dididik supaya mamajukan diri dengan membawa gambaran di tahun 2020 nanti semuanya akan maju dan canggih. Sesiapa yang tidak mempersiapkan diri akan ketinggalan.

Orang yang berpandangan jauh ini juga boleh dikaitkan dengan petani dan peniaga. Petani hanya menanam biji-bijian dengan harapan dan pandangan biji-bijian itu akan tumbuh membesar subur dan menghasilkan buah yang bernas serta akan dijual kepada orang yang memerlukan. Keuntungan dari itu akan digunakan dalam kehidupannya.
Lihat betapa penting wawasan. Daripada bertanam-tanaman akan dapat menyelamatkan masyarakat.

Begitu juga dalam pendidikan. Falsafah cina ada mengatakan; jika ingin maju hingga 10 tahun akan datang kamu tanam pokok dan jika ingin maju hingga 100 tahun akan datang maka kamu didiklah anak-anak muda. Inilah wawasan yang wujud dalam pendidikan anak-anak. Pendidikan yang baik akan mencorak masa depan dengan baik. Sebaliknya keruntuhan aspek pendidikan akan memusnahkan masa depan individu, masyarakat dan negara.

Agama Islam pula selaku sistem hidup yang satu-satunya baik untuk manusia mengakui bahawa kebijaksanaan seseorang memang bergantung pada kemampuan seseorang berpandangan jauh serta berwawasan. Wawasan yang paling baik bagi manusia ialah kematian. Sebagai mana hadis yang didatangkan di atas. Ini kerana kematian atau akhirat adalah masa depan manusia yang paling akhir. Tiada lagi masa depan selain akhirat. Destinasi yang terakhir bagi manusia.

Seseorang yang mahu akhiratnya baik dan damai maka dunia ini adalah tempat untuk berusaha segigih mungkin untuk mencapainya. Maka sebaliknya akan berlaku jika kita lalai dan mengabaikan pekerjaan yang boleh membawa kebaikan di akhirat nanti. Apatah lagi mereka yang lupa langsung wawasan akhirat yang penting ini.
“Addunia darul ‘amal wal akhiratu darul jaza’…”

Maka, sebaik-baik amal atau pekerjaan adalah pekerjaan yang boleh merealisasikan cita-cita kita di akhirat. Hakikatnya, tidak ada apa yang boleh memberi gambaran tentang hari akhirat selain Al-Quran dan As-sunnah. Dan bagaimana pula tanpa membaca Al-Quran kita mampu tahu tentang wawasan kita itu?!

Tuesday, 16 September 2008

Al-Quran yang menakjubkan!



Di dalam 114 surah yang mengandungi jumlah keseluruhan ayat 6,666, perkataan 'yaum' dan 'al-yaum' yang bermaksud 'hari', disebut sebanyak 349 kali. Jika dicampur dengan perkataan 'yaumakum' bermaksud 'hari kamu'yang disebu sebanyak lima kali, menjadikan jumlahnya 354. Ini bersamaan dengan jumlah hari dalam satu tahun hijrah iaitu 354 hari.

Manakala jika dicampurkan dengan perkataan 'yauman' bermaksud 'hari' (dalam bentuk mansub), yang disebut sebanyak 16 kali, maka jumlahnya ialah: 356. Ini bersamaan dengan jumlah hari dalam satu tahun Masihi.

Selain itu, perkataan 'syahrun' iaitu bermaksud bulan, disebut sebanyak 12 kali, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. Perkataan 'sa'ah iaitu jam, disebut sebanyak 24 kali, sama dengan jumlah jam dalam sehari iaitu 24 jam. SubhaanAllah!

Monday, 15 September 2008

Terubat Rindu UIA


Sempena bulan mulia, Ramadhan al-mubarak ini, aku mengambil peluang untuk menunaikan solat Isya' dan terawih di masjid UIA.

Ada beberapa kelebihan bulan ini antaranya ialah; bulan tarbiyyah, bulan ibadah, bulan yang diturunkan al-Quran, bulan yang terdapat padanya suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan, bulan yang digandakan pahala... dan banyak lagi kelebihan yang lain.

Amat rugi kiranya di kesempatan yang ada ini kita tidak merebut peluang yang diberikan. Walaupun tidak semua yang boleh kita lakukan, maka lakukanlah ibadah/amalan yang termampu. Jangan ditinggalkan, jangan diabaikan rahmat Allah yang datang pada bulan ini. Ianya menuntut sedikit usaha dari kita selaku hamba bagi merebutinya. Maghfirah Allah sentiasa menanti taubat dari hamba yang insaf dan memohon maaf dari kesalahan yang dilakukan. Semoga apa yang kita lakukan pada Ramadhan ini dapat memberikan sedikit kesan taqwa pada hati kita.

Ramadhan pada kali ini adalah Ramadhan yang ke tiga aku keluar UIA. Masih aku ingat pada Ramadhan yang mana aku masih dalam pengajian di UIA. Pada Ramadhan begini, aku akan bersama-sama rakan-rakan, Joe, Jan, Faizal, Riduan, Nazri dan lain-lain berbuka puasa kat masjid UIA. Bila tiba waktu berbuka kitorang berkumpul bersama pelajar dalam dan luar untuk menikmati hidangan berbuka puasa. Lucu pun ada bila kami berebut-rebut 'nasi foreigner'. Sebabnya nasi foreigner ni lebih banyak dan lebih sedap dari nasi biasa. Siap ambik dua lagi. dengan alasan untuk makan sahur. Kami akan solat sama-sama kat masjid tu. Lepas terawih pulak kami dihidangkan dengan teh 'O' panas dan kuih-muih. Seronok sangat masa tu sebab kawan-kawan semua spoting, suka buat lawak... ada-ada je yang lucu... menyebabkan kami happy sokmo.

Namun semua itu dah berlalu... hanya tinggal kenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mahupun pena. Apa yang boleh aku lakukan hanya menceritakan pengalaman yang lepas itu pada isteri dan juga menulis dalam ruangan begini.

Dan tahun ini aku mengambil kesempatan untuk solat terawih di masjid UIA supaya kenangan lama akan kekal abadi selain merasai suasana unik UIA yang terdapat masyarakat berbilang kaum di dunia berkumpl menuntut ilmu bagaikan aku bukan berada di Malaysia.

Yang paling kuat menarik aku ke masjid UIA juga adalah bacaan surah solat terawih dari huffaz terpilih dengan bacaan qiraat yang berbagai... sungguh mengasyikkan, khusuk, insaf dan memotivasi diri supaya sebaik huffaz itu.

Saturday, 26 July 2008

Yeahh... Dapat Lesen Motor!

25 Julai `08 lepas, aku telah di'test' kemahiran menunggang motosikal di depan pegawai JPJ dan rakan-rakan peserta ujian yang lain (termasuk awek-awek... kaget gua cakap lu...) dekat Institut memandu IMKL, Gombak. Nyata sekali pengalaman memegang lesen L selama lima tahun membuktikan bahawa aku boleh lakukan dengan baik. Alhamdulillah... dengan sekali lafaz je... eks... bukan... dengan sekali percubaan je aku berjaya memiliki lesen B2. Lesen untuk bawak penumpang.

Menunggu giliran dipanggil JPJ untuk ujian "meniti atas papan"
Yang betul-betul mahir je boleh lepas. Ramai jugak rakan-rakan peserta ujian yang awal-awal dah jatuh titi. Malah ada yang tergolek atas titi, sian betul... tapi tak sempat nak rakam.


Pegawai JPJ sedang mencuba motosikal berkuasa tinggi yang baru dibeli oleh institut memandu ini untuk tujuan ujian motosikal berkuasa tinggi.

Surat kelulusan yang ditandatangan Pegawai JPJ... ye... aku dah dapat lesennnn...

Tuesday, 22 July 2008

Sabah 2008

Sempena Program KPPI Sabah '08, urusetia kursus sempat melawat beberapa tempat menarik disekitar KK. Ini adalah beberapa gambar kenangan kami semasa di sana.

Karambunai... nak masuk kena bayar... tapi sorang-sorang masuk. last-last tak bayar pun...


Catur besar... "naik kuda..."

Akuarium dan Muzium Marin UMS

"Cantiknya... Ya Allah..."

Sila lihat gambar-gambar lain klik!

KPPI Sabah 12-13 Julai '08

Siri jelajah Malaysia Kursus Perdana Pengurusan Islami kepada Pemimpin Wanita telah diadakan di Sabah pada 12-13 Julai 2008. Siri-siri kursus seumpama ini telah diadakan di zon Utara, zon Tengah dan zon selatan sebelum ini. Seramai 200 peserta telah mengikuti kursus pada kali ini yang datang dari setiap bahagian di negeri Sabah termasuk dari Labuan. Antara kandungan tajuk-tajuk penting dalam kursus ini adalah seperti Pandangan Sarwa Islami, Kepimpinan dan kepengikutan dan Amal Jama'i. Kursus seperti ini telah menerapkan nilai-nilai kepengurusan Islam kepada pesertanya mengikut garis panduan yang diajar oleh Islam.

Peserta dengan penuh semangat menyanyikan lagu Kebangsaan.

Sesi bersama penceramah Ust. Zuhairi dari MAINS

"Inilah pemimpin bangsa yang hebat..." Sesi rumusan bersama Dr. Mohamad Jantan
Urusetia Kursus sempat merakamkan gambar kenangan di Menara Tinjau, Kota Kinabalu.

Monday, 30 June 2008

Tahniah, Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru, Tahniah buat pasangan Fain dan Ahsanullah, kami doakan semoga bahagia sepanjang masa. Cepat-cepat la dapat anak.
Mintak maaf la sebab datang lewat. Tak sempat jumpa kawan-kawan yang lain. Menurut Fain, ramai jugak rakan-rakan COMRADE yang datang termasuk Nasif, Pok lan, kak Amy... Saya lewat, sebab hantar adik sepupu masuk UM. Lepas tu pulak, jem giler... pukul 4 petang baru sampai. Ingat dapat jumpa Fain je, dah kira ok la. Tapi rupanya tak la lambat sangat sebab makanan masih ada. Apa lagi... dengan rasa tak bersalah kami sekeluarga makan. Siap dapat gula-gula lagi.
Wah... cantiknya pengantin. Sesampainya kami kat dewan tu pengantin tengah posing, bergambar. Fain nampak lain sikit, makin berisi dan lawa. Tak lagi comot macam dulu. Maklum la dah berkerjaya. Suami pun kira sepadan la. Macam pinang dibelah dua. Apa pun, selamat datang ke alam rumah tangga... join the club! pandai-pandai handle any problem. Pohon hidayah dan berkat dari Allah SWT.
Babai...

Monday, 9 June 2008

Catatan Perjalanan (Bhg. 3)

Catatan Perjalanan
Kg. Habu Bhg. 3


Sedutan Catatan Perjalanan bahagian lepas…

2001, COMRADE mengadakan program masuk kampong di tiga kampong Susu, Tiji dan Habu, Cameron Highland. Seperti biasa, Program begini memang dinantikan. Seramai lebih 60 peserta dari kalangan ahli dan bukan ahli COMRADE. Mesyuarat memutuskan sebahagian peserta perlu menggunakan khidmat KTM untuk ke destinasi yang mana Abg. Zeli sebagai leader. Along selaku presiden dan pengarah program mengetuai sebahagian yang lain menaiki lori dan Leroba. Pada hari yang ditetapkan… kami berkumpul di parking kuliyyah Ekonomi. Setelah menaikkan barang-barang dan pelajar-pelajar ke atas lori, leroba… kami terus bergerak… dengan semangat dan tekad. Kenangan bakal tercipta antara kita…!

Imbas kembali:
Catatan Perjalanan Bhg. 1
Catatan Perjalanan Bhg. 2


Bgh. 3
Sejuknya Malam Di Cameron Highland!

Kami bertolak dari UIA selepas maghrib melalu jalan lama ke Utara. Ini bermakna kami tidak melalui highway. Aku naik Leroba dengan Pak Cik Mat (salah seorang driver land rover JOA). Kiranya aku ni jadi peneman dia la. Yang lain semua pompuan kat seat belakang. Campur yang baru dan lama. Macam-macam yang kami bualkan sepanjang jalan itu. Pak Cik Mat juga banyak bercerita pengalaman dia dengan orang asli.

Satu lagi leroba dipandu oleh Abg. Zukri. Bersama abg. Zukri ialah Along dan rakan-rakan.

Sedar tak sedar dah sampai kat Tapah, tempat biasa kami berhenti rehat, solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan. Jalan mendaki yang banyak kona. Kalau takde yang muntah memang tak sah. Itulah istimewanya jalan Tapah ke Tanah Rata. Hehehe… tapi setakat ni mujur la aku tak pernah muntah pun! Pening-pening, mual-mual ada ler…

Setelah melalui jalan yang bersimpang siur itu, kami akhirnya tiba di Tanah Rata, Cameron Hingland lebih kurang pukul 12.30 tengah malam atau dah pagi pun. Kabus nipis menyelubungi suasana. Lampu-lampu nampak separuh terang. Rasa sejuk mula menusuk sehingga ke tulang hitam. Destinasi kami malam ini adalah ke rumah rehat JOA kat Sg. Ruil untuk merehatkan badan seketika menanti besok pagi menjelma lagi untuk memulakan aktiviti yang lebih besar besok nanti. Biasanya pelajar perempuan yang akan bermalam kat rumah rehat JOA. Manakala surau Sg, Ruil menjadi tempat penginapan dan tempat untuk membersihkan diri bagi hero-hero COMRADE. Sape-sape nak rasa mandi air batu boleh la kat sini. Tapi awas bagi yang nak buang air besar. Kebas woooo… Namun pada malam ini kami kena cari persinggahan baru sebab rumah rehat kat Sg. Ruil sudah berpenghuni. Setelah berbincang dengan En. Usop, dia mencadangkan kami tidur kat masjid Brinchang. En. Usop ialah pemandu JOA Cameron yang tinggal kat Sg Ruil, yang akan ikut serta kami masuk kampung besok.

Masjid tu terletak kat atas bukit. Lori dan leroba membelah kesunyian dalam kesejukkan malam itu. Bergema perkarangan masjid itu menerima kehadiran musafir dari UIA ini. Rumah pak imam kami tuju terlebih dahulu. Pak imam yang dah tidur waktu itu pun terjaga dikejutkan oleh deruman enjin lori. Setelah diberi penerangan serba ringkas kami diberi kebenaran untuk tidur dan menggunakan kemudahan yang ada. Secara tidak terlalu bising kami yang kepenatan dan kemualan menurunkan barang-barang keperluan masing-masing. Macam biasa… hawa sejuk pagi itu menusuk seluruk rongga dan liang-liang roma menyebabkan aku sedikit gigil menahan rasa.

“Joe, kau macam mana, okey ke…?”, soalku pada sahabat aku yang kelihatan agak penat dan mengantuk.
“Okey je…”, jawabnya lambat-lambat.
“Macam mana kawan-kawan atas lori?”.
“Ada yang tak biasa, pening la, yang muntah pun ada. Biasa la, kalau dah muntah sorang tu semua lah muntah. Aku pun hampir-hampir. Tapi dah stand-by plastik.”.
“Patut la bau masam je …”.
“hehe… ye la…, tapi seronok gak. Sepanjang jalan kami masing-masing bercerita, ada yang bagi teka-teki, budak-budak baru ni kuat gelak rupanya”, terang Jeo serba sedikit.
“Budak mana Joe…?”.
“Hehh… nanti aku tunjuk besok”.
“Okey la… jom mandi…”.
“Malas aku… sejukkkk…”, sengaja Joe menggetarkan suaranya.
“Kau tu kena mandi… bau masam, kena muntah sape ntah…”.
“Takpe la… masam ke masam lah… mati aku kalau mandi.”
“Suka hati kau lah Joe… tapi jangan tidur dekat aku dah ler…”.

Rakan-rakan semuanya sibuk menyiapkan diri masing-masing. Ada yang dah mandi, dah bersiap-siap untuk rehat. Ada yang masih malas-malas nak bergerak. Ada yang masih asyik bercerita. Aku pulak baru lepas mandi… bagi aku… best sangat bila lepas mandi air sejuk nih. Segar serta merta.

Selesai semunya… kami diminta berkumpul. Ada taklimat atau meeting ringkas je. Masa tu jam menunjukkan pukul 2 pagi. Along memulakan bicara bertanya khabar semua peserta. Alhamdulillah setakat ini perjalanan lancar. Tidak ada yang sakit perut ataupun pening kepala. Setakat mengantuk tu biasa la…

“Besok pagi kita akan bertolak dari sini pukul 7.30 pagi. Kita akan terus ke Ringlet untuk bersarapan. Kita akan tunggu rakan-rakan yang naik kereta api di sana. Kalau tiada apa-apa masalah kita akan terus berjalan kaki ke destinasi…”, terang presiden.

Kami mengambil tempat masing-masing untuk landing badan kami yang agak letih dan mengantuk. Dalam kesejukan itu, dibungkus sleeping bag, aku lena diulit bunyi dengkur kawan-kawan… berakhirlah hari ini… besok akan menjelma. Hari baru di tempat yang baru bakal melakar warna baru dalam hidupku.

Bersambung…

Bahagian seterusnya akan menyaksikan Kak Ja hampir pengsan. Mujur penyelamat ada di situ… (rupa-rupanya itulah jodoh Kak Ja)

Wednesday, 21 May 2008

Catatan Perjalanan (Bhg. 2)

Catatan Perjalanan
Kg. Habu, Cameron Highland 2001
Bhg. 2

Kereta api
Mesyuarat telah membahagikan peserta-peserta dan kg. Masing-masing. Kg. Susu diketuai oleh Along (Presiden). Kg. Tiji dipimpin oleh Zeli (ketua biro Pendidikan). Kg. Habu pula diketuai oleh Mohd. Anis (ketua Biro Dakwah).

Satu sesi taklimat tentang perjalanan program diadakan kepada semua peserta sebagai panduan umum semasa masuk kampong. Peluang pertemuan ini juga digunakan untuk membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Dalam sesi inilah peserta diberi tugasan dan peranan dalam kumpulan. Kesempatan inilah juga dimanfaatkan untuk berkenalan.

"Ana akhukum Fillah… nama saya Mohd. Nazri Hassan, kawan-kawan panggil Zek, IRK, tahun satu, bukak semesta depan kalau lulus semua masuk tahun 2.", Zek perkenalkan diri. Sahabat aku ni seorang yang periang dan baik budi. Sebab tu ramai peminat. Pemuda harapan pemudi ler katakan… (Ya Ampunnn… Jangan marah aku Zek).

Lepas sorang demi sorang perkenalkan diri, barulah kami memulakan perbincangan sedikit sebanyak. Orang lama memberi tunjuk ajar. Orang baru hanya ternganga mendengar. Orang seperti aku… heh, sedang menikmati setiap detik bersama itu, yang aku sedari ianya akan menjadi kenangan indah dalam hidupku.

"Satu yang kita kena ingat, bila masuk kampong, pertama sekali perlu jumpa Tok Batin dulu. Cerita kat dia serba ringkas. Kalau dia terima, mudah la kerja kita seterusnya. Kalau tak, pujuk la dengan apa cara… buatlah dengan berhikmah". Terang Abang Ardi kepada semua.

"Lagi satu jangan mudah berjanji dengan orang asli, kalau janji tu agak susah kita nak tunaikan baik tak payah. Sebab orang Asli ni akan ingat sampai bila-bila," Tambahnya lagi.

Kebanyakkan ahli COMRADE pada masa ini didominasi oleh pelajar dari kuliah IRKHS (IRK/BARB/HS) . Ini tidak bermakna tiada pelajar dari kuliah lain. Tapi jarang-jarang. Zeli selaku senior COMRADE dari kuliah HS telah membawa ramai pelajar-pelajar HS untuk menyertai Program Masuk Kampung kali ini. Manakala pelajar-pelajar BARB dan IRK pula ramai dari kalangan kawan-kawan Along. Dan misi kali ini boleh dikatakan disertai bukan ahli lebih ramai dari ahli COMRADE. Okey lah… macam meriah je… Cuma masalah sikit sekarang ni ialah pengangkutan. Dua buah lori dan dua buah Leroba (land rover) tidak cukup untuk membawa seramai lebih 60 pelajar dengan barang-barang ke destinasi kami- Cameron Highland .

Mesyuarat sebulat suara memutuskan sebahagian pelajar mesti menggunakan pengangkutan kereta api dari KL ke Tapah. Dan dari Tapah mereka perlu guna bas pulak untuk sampai ke Tanah Rata Cameron Highland . Zeli juga lah yang jadi ketua untuk bawa peserta-peserta naik keta api. Mereka akan sampai kat tapah sebelum subuh, so… kena tidur ler dulu kat stesen Tapah sebelum bas pertama bergerak ke Cameron, lebih kurang pukul 7 pagi.

Sebahagian pelajar lagi… apa lagi kalau bukan naik lori keramat abg. Zahar dan leroba abg Zukri… satu lori lagi untuk muat barang-barang. Aku antara mereka yang naik leroba. Sesungguhnya dua orang pemandu ni masing-masing mempunyai karektor yang banyak membantu COMRADE semenjak zaman Abg. Anas lagi. Mereka berdua ni participate secara langsung bersama-sama menjayakan misi. Abg. Zukri selalu guide dalam bab masak-memasak. Malah ketika masuk kg. kampung Husin, dia la yang masak gulai kijang hasil buruan orang asli. Dia juga yang selalu bancuh Nescafe buat kami semua. Abang Zahar pulak… seorang yang cool… macho (lebih macho dari orang asli kiranya) dan suka sembang (sembang yang ada faedah). Banyak juga kenangan aku bersamanya, antaranya… masa kat Husin dulu kami keluar dengan lori Abang Zahar cari kayu api kat satu kebun getah untuk buat kenduri. Kami yang hero-hero ni masuk kebun getah ambik batang dan dahan kayu yang dah mati. Kiranya okey ler… sambil-sambil ambik kayu boleh le bersihkan kebun getah tu sekali. Ntah kebun getah siapa pun aku tak tahu. Abang Zahar tunggu kat lori dia sambil tengok-tengokkan kami… tiba-tiba… datang sorang pak cik ntah dari mana. Dari jauh dia meluru ke arah Abang Zahar dengan sebilah parang kat tangan kanan dan sebatang kayu di tangan kiri lagak macam geram nak pukul abang Zahar. Terkejut besar Abang Zahar…

"Pak cik, sabar pak cik …!!!", jerit Abang Zahar .

"Sabar Pak cik…!!!", jeritnya berkali-kali.

Kami dari jauh tergamam melihat keadaan itu. Setelah pak cik tu dekat dengan Abang Zahar… Abang Zahar dah readyReady nak lari!… rupa-rupanya pak cik tu kejar kambing yang masuk kebun dia. Takut punya pasal tak perasan pak cik tu lari dengan kambing tadi. Lepas tu kami gelak punya la kuat.

"HA…HA…HA…!!!", Bergema satu kebun getah… Abang Zahar pun gelak sama. Suspense betul. Gelak itu bersambung-sambung sampai la kami balik ke Kg. Husin.

"Ceh… aku ingatkan tuan kebun getah, ingat dia marah kita ambik kayu dia… rupa-rupanya orang gila…", komen Abang Zahar.

Peristiwa itu buat aku tersenyum bila terjumpa dengan Abang Zahar. Ayat standard dia bila jumpa aku, "kau bila nak datang rumah aku, nak tunggu aku mati dulu ke baru nak ziarah…". Rasa kesal juga di hati kerana belum sempat aku berkunjung ke rumah dia. Hanya ketika dia masih tinggal dekat kuarters Batu 12 je aku pernah berkunjung di hari raya tidak lama dahulu. InsyaAllah free-free nanti sampai la aku sekeluarga ke rumah dia. (Sedikit selingan je nih!)

Hari yang ditunggu telah tiba. Semua pelajar berkumpul kat bangunan kuliah Econ petang itu. Aku menyertai pelajar-pelajar lelaki yang sibuk mengangkat barang-barang masuk lori. Beras, susu dalam tin, sardin, gula, serbuk teh, kopi, Nescafe, biskut disediakan oleh JHEOA. Bekalan makanan kali ni agak banyak. Alhamdulillah, kami selalu dapat support dari JOA. Selain untuk makanan kami semua selama berada di sana, bekalan ini juga adalah untuk bantuan kepada orang asli termasuklah untuk buat kenduri yang biasanya dibuat pada hari akhir. Bekalan makanan berupa sardin, susu, gula dan lain-lain itu banyak membantu misi kami. Korang tahu saja la apa orang asli suka. Sanggup berebut-rebut semata-mata nak dapat ikan kurung masak gulai, telur goreng hancur-hancur time buat kenduri (ikan kurung adalah panggilan orang asli untuk sardin dalam tin). Hal ini terjadi kepada orang asli yang tinggal kat pendalaman je. Orang asli kat batu 12 Gombak tak termasuk ler…

ehhh dah panjang sangat dah nih, bersambung lagi lah…!

Catatan Perjalanan

Catatan Perjalanan : Aku Budak COMRADE

Kg. Habu, Cameron Highland , 2001.
(Bhg. 1)

Setiap kali ada program masuk kampong setiap kali itu juga hati aku macam berbunga. Entah… perasaan pelik apa ini?! (rasanya korang pun sama macam aku, itu pun kalau korang betul-betul budak COMRADE sejati ler, sampai sekarang pun perasaan ini datang ketika teringatkan kampung orang asli, bila tengok gambar kenangan). Rasa tertunggu-tunggu. Sering menghitung detik waktu tiba. Buat perancangan itu dan ini. Semuanya mesti beres. Daripada paper work, pengumpulan ahli yang nak menyertai program masuk kampung, cari bajet dan sponsor, deal dengan JHEOA, beli barang keperluan… semua kena clear dulu.

Ketika semua warga UIA balik kampong selepas selesai exam, kami pulak tunggu hari nak naik lori. Semacam seronok je. Mujur ler mak ayah faham. Kekadang walaupun exam habis awal tapi aku setia menanti dan masa diisi bantu kengkawan buat kerja, persiapan akhir.

Misi kali ni kami nak masuk 3 kampung serentak. Kampung Susu, kampong Tiji dan kampong Habu. Senarai yang nak pegi dah ada. Ramai pulak budak UIA yang nak masuk kampung. Ini mungkin pameran COMRADE kat Confest 2000 menjadi tarikan yang kuat.

"Ramai jugak kali ni Along", kata aku pada Along (Mohd. Khairul Nizam Awang Kechik, Presiden COMRADE ketika itu).

"Bagus, hampir 60 orang, campur ahli COMRADE dan bukan ahli, termasuk jugak ahli lama, kali ni kita open. Dan mungkin akan bertambah last-last minit," terang Along.

Time mesyuarat pulak macam biasa, masing-masing ceria. Ceria... exam dah habis!. Masing-masing luah perasaan rindu sebab agak lama tak jumpa. Dua minggu tumpu pada exam dan dua minggu juga takde mesyuarat. Cuma takers untuk program dah diberi awal-awal. Kalau ada mesyuarat pun antara biro masing-masing je.

"kita akan masuk kampong yang pernah COMRADE masuk, iaitu Kg Susu, Kg. Tiji dan Kg. Habu. Kita akan bahagikan kepada 3 kumpulan", antara ucapan Along masa mesyuarat.

Orang yang terawal jelajah kampong-kampung ni ialah Abg. Anas (presiden generasi kedua COMRADE, aku pulak pada masa tu generasi ke 4). Bukan sedikit jasa abang Anas pada orang kampung. Macam-macam abang Anas buat. Dakwah directly dan indirectly. Tapi abang Anas lebih kepada indirect. Satu contoh yang boleh aku kata kat sini ialah ketika abang Anas masuk Kg. Susu pada musim durian, dia sendiri tolong orang asli angkat durian dari kampong ke luar untuk dijual pada peraih. Dia buat macam sedara sendiri. Itu yang sampai sekarang pun orang asli masih ingat kat abang Anas.

Setelah perbincangan dibuat, aku kena kampong Habu. Bersama aku antaranya ialah Mohd. Anis, Abang Zulfikar, Nazri, Mat Joe, Kak Nora, Syakirah dan lain-lain seramai 20 orang.

…bersambung…!

Tuesday, 13 May 2008

Biar hati ummi terhibur! (Bhg. II)

Ummi pernah kata, tak terlintas pun di hatinya dulu dia boleh datang KL. Sekarang ni, hampir 3 bulan sekali juga dia datang KL. Ummi dah pandai naik bas sorang-sorang pergi atau balik KL-KB ketika aku tidak dapat menghantar atau menjemput ummi dari kampong. Sama ada abah ikut sekali, selalunya ummi akan mengikuti aku setelah kami ingin pulang ke KL. Harap-harap ummi tak boring la dengan cucu-cucunya. Kalau ikutkan sekarang ummi seronok dengan cucu-cucunya. Cuma untuk melayan secara keseluruhan tak lah ummi termampu. Tapi ummi suka tolong isteri. Lebih-lebih lagi ketika isteri pantang anak kedua, ummi la yang banyak korbankan masa jaga anak aku yang masih kecil. Sebulan lamanya. Isteri aku pulak ditatangnya macam anak ummi sendiri. Nak makan apa semua ummi masak. Nak ubat apa, herba tradisional melayu kelate semua ummi sediakan. Punyala suka isteri aku dibelai macam itu sekali.

Gaji aku taklah banyak sangat. Namun menjadi kewajipan anak, aku hulurkan duit pada ummi dan abah buat belanja sekadar aku mampu. Ada lebih aku bagi lebih, ada sikit aku hulur sedikit. Hal ini menuntut kefahaman ummi dan abah akan keadaan aku sekeluarga. Kalau aku out-station maka wajib la aku beli sesuatu kepada ummi sebagai buah tangan dari anak yang dia jaga dari hari pertama hingga sekarang dengan susah payahnya. Biar ummi terhibur dengan telatah aku. Ada sekali tu, aku out-station ke Langkawi, aku belikan kain batek jawa sedozen. Aku bagi-bagikan pada ummi, isteri, sedara-sedara terdekat. Aku belikan coklat banyak-banyak. Kalau aku ke Sarawak, aku rela bawak balik ikan terebuk masin. Bila ke sabah pulak aku bawak balik mutiara, kristal dan juga ikan serta udang kering. Untuk abah pulak aku belikan kain palekat, baju. Setakat ini itu lah yang termampu aku berikan untuk menghiburkan mereka. Yang penting aku tidak lupakan mereka. Pantang sekali-kali ketika aku ke mana-mana out-station, aku belikan sesuatu pada isteri tanpa aku belikan sesuatu juga pada ummi. Bila tiba hari raya pula, isteri aku akan belikan kain baju untuk ummi, adik-adik untuk dipakai di hari raya.

Setakat ini, itulah yang menghiburkan hati ummi. Kalau aku tersilap dengan ummi cepat-cepat aku mohon maaf. Kalau ummi ada masalah, cepat-cepat aku bisikkan kata-kata yang menyenangkan. Aku biarkan ummi luah perasaannya. Dan aku akan perbetulkan sana sini. Kalau ada apa-apa hajat, aku minta ummi doakan. Hei… doa ibu untuk anaknya akan maqbul. Hati seorang ibu akan lapang jika didahulukan. Hati ibu akan terluka jika dibelakangkan. Walaupun mendahulukan ibu untuk meminta satu doa. Ibu akan rasa dihargai… bukan susah sangatpun kan! Kadang-kadang agak kurang senang mendengar seorang anak mendahulukan isteri dari ibu. Menyembunyikan segala-gala dari pengetahuan ibu demi kepentingan si isteri. Hei… ini ibumu. Demi isteri segalanya diturutkan… untuk ibu diberi berbagai alasan. Mana nak dapat berkat dalam kehidupan. Menghormati ibu bukan secara adat dan budaya. Tapi itu suruhan dan tuntutan agama.

Kenapa aku terdidik begini?... inilah hasil didikan ummi dan abah. Abah hantar ke sekolah agama untuk mendidik diriku jadi lebih baik. Di sekolah agama dari darjah satu hingga tingkatan 6 aku belajar akhlak Islamiah. Bagaimana selayaknya melayani ibu bapa… al-Quran mengungkapkan segala-galanya…

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibu yang telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibupapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. Luqman :14

Al-Quran mengiktiraf kesakitan ibu sebagai sebab membuat budi kepada ibubapa. Allah SWT menyuruh kita bukan hanya bersyukur kepadanya malah boleh bersyukur kepada ibu bapa. Betapa besarnya pengibaratan ini. Ibubapa diletakkan sebagai tempat seorang anak untuk bersyukur.

Selain itu Allah SWT berfirman:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-dua sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Hah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. Al-Isra’ : 23

Dalam ayat ini Allah SWT menggandingkan ayat tentang aqidah dengan suruhan berbuat baik kepada ibu bapa. Ini menunjukkan keseriusan dalam melayan baik ibubapa dengan baik.

Dalam hadis pula terdapat kisah seorang sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW; katanya; “kepada siapakah lebih afdal aku berbuat baik? Jawab Baginda SAW: “Ibumu”. Tanya sahabat lagi “kemudian siapa?”. Jawab Baginda. “Ibumu”, Sahabat bertanya lagi, “Kemudian siapa?”, jawab Rasulullah SAW “Ibumu”. Sahabat bertanya lagi soalan yang sama,“Kemudian Siapa” jawab Rasulullah SAW “Bapamu dan orang-orang yang dekat denganmu”.

Pepatah Arab ada mengatakan: Syurga dibawah telapak kaki ibu. Allah SWT akan meredhai seseorang bila mana ibu meredhainya.

Gembirakanlah ibu dengan membawa mereka bersiar-siar, memberi hadiah, tutur kata dan ucapan yang baik, menghiburkan hati, beri perhatian dan layanan kepadanya.

Jangan jadi seperti Al-Qomah, salah seorang sahabat Nabi SAW. Yang menderhaka kepada ibunya. Ruh sahabat yang sedang nazak itu tidak mahu keluar dari badan sehingga ibunya memaafkan kesalahannya.

Akhir sekali, berfirman Allah SWT:

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”. Al-Isra’ : 24.

Doakanlah untuk kesejahteraan ibubapa… anak yang soleh akan sentiasa mendoakan rahmat ilahi kepada keduanya di atas jasa mereka memelihara kita dari sekecil-kecilnya hingga menjadi manusia yang sempurna. Kenangilah mereka… jasa mereka tak terbalas oleh mu.

Terima kasih ummi… terima kasih ummi… terima kasih ummi, terima kasih abah untuk segala-galanya. Minggu depan kita jumpa lagi. Anakmu akan pulang untuk kesekian kalinya untuk bermanja denganmu.

Biar hati ummi terhibur! (Bhg. I)

Kalau boleh aku nak ummi dan abah tinggal dengan kami kat KL, aku bertekad nak jaga mereka berdua. Namun buat masa ni, adik bongsu aku lebih memerlukan perhatian ummi dan abah kat kampong. Adik masih belajar di tingkatan 5. Tahun ni SPM. InsyaAllah, bila adik dah habis belajar aku nak mintak ummi abah duduk dengan kami.

Kalau dulunya sebulan sekali aku mesti balik kampong semata-mata nak tengok mata ummi abah. Walaupun hakikatnya bila balik kampong aku bukan lepak kat rumah sangat, aku suka memancing hingga lewat malam. Itulah yang selalu jadi rungutan ummi. Rungutan itu pula dah berjangkit pada isteri sekarang. Sebenarnya memancing itu satu hobi kitorang sekeluarga. Dulu-dulu kami selalu memancing bersama kat sawah atau tali air. Namun kini jarang dah kami dapat meluangkan masa sebab jarang balik kampong. Kami agak sibuk dengan tugasan masing-masing. Walaupun begitu, setiap dua bulan mesti aku berjalan jauh menuju ke desa tercinta. Aku tak lupa nak telefon ummi hampir setiap hari. Tanya khabar macam mana keadaan mereka. Lebih-lebih lagi sekarang ni ummi dah semakin uzur. Macam-macam penyakit dah hinggap kat badannya yang dulunya agak ‘kebal’. Kini usia yang semakin meningkat itu telah merampas detik-detik yang mana kesihatannya itu bisa melayan anak-anaknya dengan sempurna. Labih-lebih lagi melayan aku yang agak degil, kuat merajuk dan kadang-kadang gila-gila.

Satu pengakuan ummi dulu masa aku mula-mula nak masuk universiti, ummi kata dia terlalu berhati-hati dengan aku sebab tak nak biar aku terasa hati. Hanya ummi yang faham kalau aku tak suka sesuatu. Apa tindakan aku kalau aku tak setuju sesuatu perkara. Macam mana kalau aku marah… semua ummi tahu. Ummi kenal anak-anak ummi. Dalam pada itu juga, yang menjadikan aku ini anak yang selalu ingat pada ummi ialah ketika dia kata aku ni anak ummi yang paling baik melayan dia. Sebenarnya aku bukan baik sangat dalam kuarga namun satu yang aku ingat adalah dari aku bodoh-bodoh dulu hingga aku masuk U, kawin, dapat kerja… aku memang melayani mesra ummi lebih dari abah! Aku lebih manja dengan ummi. Masa aku di sekolah menengah pun kadang-kadang ummi masih menyuap nasi kepada aku. Satu lagi hal yang masih aku rindukan ialah… ummi memotong kuku aku di tahun-tahun berkenaan. Kini ummi tak boleh potong kuku aku lagi sebab mata ummi dah mulai kabur. Rindunya pada ummi, tapi sukar jugak bagi seorang lelaki mengungkapkannya.

Ummi sebenarnya suka jalan-jalan, ambik angin kat tempat-tempat yang dia tak pernah pergi. Jadi aku hanya perlu ajak ummi untuk pergi jalan-jalan sekali sekala ketika dia datang KL. Ada sekali tu aku ajak ummi teman kami ke UUM kerana ada pameran kat sana. Kami bertolak pukul 5 petang dari KB ke Kedah melalu Gerik. Masa tu anak pertama aku baru 3 bulan. Bayangkan malam yang gelap dan hujan yang lebat, kami melalu jalan berbukit meredah hutan. Risau jugak kalau-kalau terserempak pak belalai. Tiba kat UUM pukul 4 pagi. Kami tinggal kat Hotel dalam UUM. 3 hari jugak kami kat situ. Nampak ummi seronok sangat bila kami sempat pergi ke Padang besar, Bukit kayu Hitam, makan laksa dekat Kuala Perlis… sampai sekarang ummi sebut peristiwa itu. Kalau boleh ummi nak pegi lagi. Begitu juga la pada 2004, aku ajak ummi jalan-jalan kat kampong Husin, salah satu kampong orang asli yang pernah aku masuk masa aku aktif persatuan COMRADE kat UIA dulu. Seronoknya kami bermalam kat kampong tu. Dapat rasai kehidupan masyarakat di situ. Ummi kata, dia pernah hidup macam tu masa remaja dulu. Iya lah… ummi pernah ambil upah motong getah kat selatan Siam. Pernah tinggal dalam hutan dengan nenek sekian lama. Mereka pernah rasai keperitan hidup. Tambahan ummi anak yatim. Ayah ummi meninggal masa ummi berumur lima tahun. Ummi tak pernah bersekolah. Ummi cuma tahu membaca al-Quran. Lepas kawin dengan abah baru ummi pandai baca jawi dan rumi sebab usaha abah ajar ummi. Ummi perlu berkerja menyara diri sendiri semasa remaja. Susah payah kehidupan yang ummi lalui takkan dapat kami rasai lagi pada zaman kini. Kadang ummi bercerita tentang bagaimana dia cari makan. Kami sekeluarga akan menangis mendengarkannya.

Kehidupan sukar yang dialami itulah menyebabkan ummi terlalu sayangkan anak-anaknya. Ummi tak pernah membenarkan kami berkawan dengan budak-budak tidak baik. Kalau pergi ke mana-mana pun kami mesti balik sebelum maghrib. Kalau tak… buruk padahnya. Makan penyapu atau dilayankan tali timba ke badan. Berleter takyah cakap la… semua tu untuk kebaikan dan didikan seorang ibu. Didikan ummi itu terkesan dalam naluri ku menyebabkan aku jadi anak yang bertanggungjawab dan takut nak melakukan sesuatu sebelum berfikir.

Pernah dua tiga kali jugak aku bawak ummi ke Cameron Highland, menikmati udara nyaman. Bermalam di sana, minum teh kat gerai Boh, beli sayur. Tambahan pulak aku dapat isteri yang suka travel. Aku, isteri dan ummi punyai hobi yang sama, suka travel. So, perkongsian hobi yang sama ini tidak mendatangkan banyak masalah kepada kami ketika pergi ke sana sini. Dan InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki olehNya, aku terlalu ingin bawak ummi dan abah pergi ke Mekah, tunaikan haji atau umrah. Itulah kemuncak impian aku.
Hah… ini paling menarik… Bab makan pulak tak usah cerita, semua orang suka masakan mak masing-masing. Air tangan ummi membuatkan aku berselera pada semua jenis masakannya. Tak kira la, dari rebus ikan hingga ke asam pedas kelate… hussss… meleleh air liur aku nih. Yang pedas pulak ialah phat pit. Paling special ketika aku balik baru-baru ni aku beli belut. Aku suruh ummi masak phat pit belut… punya lah sedap makan ramai-ramai. Buncit perut aku makan nasik bertambah-tambah. Kejap je phat pit licin tak tertinggal pun kat dapur. Kalau ummi datang KL lagi best. Aku pergi pasar Selayang, beli ikan merah suruh dia masak asam pedas kelate… pekhgsss… hanya orang pernah rasa je dapat bayangkan. Betapa aku dan abah berselera makan.

Thursday, 8 May 2008

Fikir sesaat menyelesaikan semua perkara

Memang tidak dinafikan manusia ni ada kekuatan dari sudut kebolehan berfikir. Tapi masih ramai yang tidak mahu guna daya fikir mereka masing-masing untuk menyelesaikan persoalan. Malah ramai yang guna otak untuk membuat masalah berbanding menyelesaikannya.

Sebenarnya pada pandangan aku, daya fikir ini boleh mengelakkan krisis dalam masyarakat. Dari sekecik-kecik benda hingga ke benda yang paling besar boleh dibendung. Sedih sungguh bila tengok masyarakat yang tidak guna akal sewajarnya sehingga memunculkan berbagai-bagai kekacauan dan ketidaktenteraman.

Aku ni jenih yang suka perati jugak la kiranya. Satu hal bab yang kena fikir ni ialah fikir dulu sebelum cakap... Bab ni memang masyarakat kita kureng beri penekanan. Nak cakap main lepas je. Lepas je cakap baru nak ucap 'astaghfirullah al-Azim... dah terlebih pulak'. Kalau dah insaf tu kira okey la. Tapi dua tiga minit lepas tu dia buat pulak. Ada juga yang tak sedar langsung yang kata-kata dia tu menyinggung perasaan. Bila dah tengok kawan nampak lain macam, mula la nak tambah kata kawan ni sensitif la haper la... ingat la manusia ni ada perasaan. Kalau kita tak mau dianiaya jangan la menaniaya orang lain kerana orang lain juga tak mau dianiaya sama macam kita tak mau dianiaya oleh orang... ha... faham ke tak tau lah... harap korang guna la daya fikir untuk fikir.

Orang yang terdesak pun begitu... saje je buat-buat didesak masalah sendiri. Kalau kita nak menyelesaikan masalah pun jangan pulak buat masalah pada orang lain. Ini zalim namanya. Ada ke sebab nak dapat duit dia pegi curi duit orang lain, ragut beg pompuan, merompak pejabat post, culik dan jual anak yang masih kecil... you ingat tu anak ayam ke... anak ayam pun berdosa tau you buat macam tu. Korang ingat perasaan mak ayah dia tu boleh dimain-main macam tu ke? Perasaan adalah harta yang mahal. Orang kaya ialah orang yang dalam suasana tenang dan damai. Orang sanggup beli kedamaian dengan harga yang paling mahal. Kalau tak masakan ada yang mengabihkan duit juta-juta pergi melancong untuk cari ketenangan. Kat opis ni pun dah ramai kawan-kawan yang merancang nak pegi Langkawi la, Sabah la... sebab dah nak dapat 20 persent kannnn!

Begitu la juga harapannya pada pemikir-pemikir dan perancang-perancang peringkat professional. Guna la daya fikir you all tu untuk membina ummah. Bukan semata-mata nak kaut keuntungan. Biar ada win-win la. You all ni la yang banyak membantu sebenarnya. Fikir macam mana nak majukan negara. Buat dasar tu, dasar ni... untuk diikuti oleh orang ramai. Yang dah berjaya tu dah okey... yang kurang berjaya atau tak berjaya langsung hingga ada kerugian harta dan nyawa baik patah balik cari fikir jalan lain. Jangan nak tunjuk terer dengan akal lemah kamu tu. Walaupun akal ada kekuatan, namun ada kekurangan. Akal mesti tunduk pada wahyu. Jika ada kemalangan antara akal dan wahyu maka perlu segera diselamatkan. Jangan tunggu hukuman Tuhan datang baru nak menyesal.

Apa guna melirik mata
sedang bibir masam mencuka
apa guna berkata nista
sedang orang semua tak suka

Baik budi baik bahasa
jadi gilaan bakal mertua
badan tidak akan binasa
jika fikir sebelum berkata

Thursday, 24 April 2008

Keluarlah Dari Kesempitan Hidup

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur kita kepada Allah Empunya hamba-hamba yang ada di alam ini kerana Dia sentiasa memberi kesenangan kepada kita untuk memudahkan pengabdian kepadaNya. Terima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. di atas jasanya menyampaikan risalah Ilahi kepada kita. Selawat dan salam ke atasnya. Dengan kesedaran ini moga-moga kita diberi nikmat berupa ilmu yang banyak untuk menyambung perjalanan atas dunia ini.

Renungilah kata-kata Rab'ie Ibnu Amir r.a. ketika dia hadir kepada Rustam seorang pembesar Parsi di singgahsananya yang dihiasi sutera dan dihampari permaidani serta dihiasi dengan emas. Orang Arab Badui yang pakaian compang-camping itu masuk kepadanya. Bersamanya lembingnya dia pergi ke tepi pembesar itu lalu duduk bersamanya.

Rustum berkata: "Apakah yang menyebabkan kamu memberontak kami wahai orang-orang arab?, sedangkan kamu orang-orang Arab yang berkaki ayam, tidak memiliki apa-apa dan dahulunya kamu semualah penyamun di Tanah Arab".

Beliau menjawab: "Benar. Dahulunya kami sepertimana yang kau katakan". "Maka Allah utuskan kepada kami Nabi Kami.","Allah utuskannya kepada kami!".

Perhatikanlah kata-kata Rab'ie Bin Amir kepada Rustum.
"Allah utuskan kami untuk keluarkan kamu dari kesempitan dunia kepada keluasanNya. Dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan Tuhan bagi manusia".
SubhanaLlah! (Maha Suci Allah)!

"Wahai Rab'ie! Allah utuskan kamu atau Sayyidina Muhammad?" tanya si Rustum.

"Allah utuskan Sayyidina Muhammad", jawab Rab'ie. "Akan tetapi jiwaku sudah bercampur dengannya yang mana Allah sayanginya. Maka keberkatannya meresapi diriku. Aku telah merasai kemanisan nisbah kepada Allah dengan ibadat. Maka aku rasai hubungan hakikiku dengan Nabi ini menyebabkan aku berada di tempat utusan ini yang ditinggalkannya pada kita."

"Allah utuskan kami untuk kamu untuk keluarkan kamu dari kesempitan dunia kepada keluasannya".

"Wahai Rab'ie! Kemungkinan semalam kamu tidak dapat makan dan kamu berkata pada seseorang yang duduk di atas emas serta sutera: "inilah kesempitan dunia?". Maksudnya Rab'ie senang lenang dan Rustum itu di dalam dunia sempit?

Rab'ie berkata: "Kamu hanya mementingkan zahirnya dunia. Sedangkan kehadiran Nabi Muhammad bukanlah untuk meninggalkan pada kita dunia yang zahir. Tetapi Baginda meninggalkan pada kita hakikatnya. Zahirnya aku dalam kesempitan dan kamu dalam kesenangan. Tetapi hakikatnya cahaya menyinari dan melapangkan dadaku serta mengangkat kedudukanku. Ia mengajarku bahawa kelapangan itu terdapat pada Tuhan Yang Maha Luas (Allahu al-Wasi'). Sedangkan kesempitan pula adalah memutuskan hubungan dariNya.

("Kami datang untuk keluarkan kamu semua dari dunia yang sempit kepada yang luas. Dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan Tuhan bagi manusia").

Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada kita semua supaya memantapkan hubungan dengan Allah SWT. Itulah yang menjadi punca kebahagiaan kepada manusia. Sekiranya manusia tidak ada hubungan dengan Tuhan melalui ibadah (pengabdian) kepadanya maka sesungguhnya manusia itu berada dalam kesempitan. Tanpa haluan yang sebenar. Tanpa kasih sayang Allah SWT. Kita doakan Allah SWT. memberi hidayah dan memandu kita menuju destinasi yang benar. Wallahu A'lam!

Wednesday, 26 March 2008

Keakraban

Keakraban
(Untuk COMRADE UIA 2004)

Bila dilihat kembali
Keakaraban yang terjalin antara kita
Aku bagai bertafakur mengucap syukur
Dan setiap kali kulihat masa yang dibekukan dalam gambar...
Aku tersenyum dalam imbauan kenangan yang lalu
Kita gembira dangan tawa dan gurau bersama.

Masakan ku lupa pada panji keakraban persahabatan
Dalam meniti zaman remaja bersama
Di medan pengajian jua kemasyarakatan
Kita berganding bahu memenuhi tuntutan
Untuk membina ummah yang cemerlang
Tidak kira, kampung, kota... mahu pun di hutan.

Dalam keakraban
Kita meneka diri sendiri
Apakah keakraban ini akan berakhir di sini?
Atau akan kita rasai lagi
Bila kini kita punya haluan sendiri
masa keakraban itu telah berlalu
bahkan dalam kesibukan ini bisakah mampu
aku mengukir lagi keakraban seperti dulu.

sungguh-sungguh aku rindukan suasana itu
doa ku berpanjangan
biarlah keakraban ini wujud
pada diri ini di sini
dan pada dirimu di sana.

Wan Hisyam 2004
UIAM Gombak

Monday, 24 March 2008

Cahaya Yang Menyuluh Kehidupan

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Al-Musthofa Sallallahu alaihi wasallam penghulu segala nabi dan rasul, imam kaum muslimin, manusia contoh tauladan terbaik.
Baginda sepatutnya menjadi pengaruh kuat dalam kehidupan muslimin. Budi pekertinya yang luhur yang ditunjukkan untuk diikuti. Kata-katanya memandu umat menuju kejayaan hakiki. Sunnahnya mendekatkan diri dengan Rabbul Jalil.
Cubalah sedaya upaya menelusuri sirah baginda. Kisah yang paling agung bagi setiap yang mengaku sebagai ummatnya. Jangan lah pula, sejarah atau kisah yang lain kita agungkan sedangkan kisah orang yang akan memberi syafaat kepada kita di hari akhirat tidak kita baca dengan terperinci. Malu la pada orang kafir. Mereka ketawakan kita melihat kita terikut-ikut gaya mereka.
Jadikanlah Muhammad SAW pancaran cahaya yang menyuluh perjalanan hidupmu yang sedang mencari-cari hakiki. Semakin hari, hidupmu kian samar dibayangi kejahilan. Marilah sama-sama menjadi umat yang ada panduan kuat dari Allah melalui pegangan dan pelajaran daripada Muhammad Rasulullah SAW. Sabda Baginda "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Al-kitab (Al-Quran) dan Sunnah".

Thursday, 6 March 2008

Munuturkan Syukur

1 Mac yang lalu, anak ke dua kami telah dilahirkan dengan selamat di Hospital Selayang pada pukul 7.46 pagi.

Pagi yang mencemaskan itu bermula pada seawal jam 2 pagi. Selama itulah, hanya doa yang selayaknya dialirkan dalam kotak fikiranku. Ya Allah selamatkanlah anak dan isteriku, itulah yang sering bergema dalam benakku. Walaupun tidak dapat berkata-kata, hanya menanti tiba saat kelahiran cahaya mata yang kedua penuh makna, aku usapi wajah isteriku yang mengerang menahan kesakitan. Sabarlah wahai sayangku... Allah telah memberi keistimewaan kepada kaum sepertimu merasai kesakitan yang tak mungkin dapat dirasai oleh aku. Tentunya pahala yang mengiringimu. Ya, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecilku, balas isteriku. Usai solat subuh di pagi syahdu ini aku berkejar semula ke kamar kelahiran. Dan waktu kelahiran tiba... para petugas, Doktor yang berjasa mengerumuni, aku panik, doa dalam tangisan, kesakitan itu seolah dirasai bersama. Aduh... anakku telah lahir seperti fitrahnya. Suci dan bersih tanpa dosa... segala kesakitan pun membeku. Aku diarah ke ruang menunggu. Mengatur langkahku menuju ruang solat, lalu berwuduk dan bersolat syukur... tanda kesyukuran. Jiwa yang sebak mengalirkan air mata membasahi pipi hingga menitik ke baju. Aku menuturkan pujian kepada Tuhan kerana memberi nikmat kepada ku. Betapa Agungnya kehebatanMu Tuhan. Ya Rabbi...

Anak adalah hadiah dari Allah. Hadiah bertujuan memperingati Yang Membari hadiah. Bukan untuk lalai dan abai dengan hadiah-hadiah yang diberikan oleh Allah...

Thursday, 21 February 2008

Modal Insan Kaum Nabi Musa AS

Selepas Nabi Musa a.s. dan Kaumnya melepasi Laut Merah yang terbelah dengan izin Allah SWT melalui mukjizat tongkat nabiNya, Allah SWT memerintahkan supaya mereka memasuki negeri Suria. Mereka harus berperang dengan orang-orang negeri tersebut. Allah SWT telah menjanjikan pertolongan sebagaimana Allah SWT menolong mereka dari ancaman Firaun.

Namun, Kaum Nabi Musa a.s. tidak mahu berperang, mereka berkata, "pergilah engkau dengan Tuhan engkau berperang, kami akan tunggu di sini". Mereka tiada cita-cita untuk berubah dan tiada fighting spirit. Sifat kehambaan masih kuat terikat dalam naluri mereka setelah entah berapa lama dan berapa keturunan sebagai hamba Firaun.

Walaupun mereka telah dimerdekakan oleh Nabi musa a.s., jiwa kehambaan itu masih ada dan agak sukar dirobah. Tongkat yang tadinya boleh membelah laut sehingga mereka dimerdekakan dari cengkaman Firaun, kini tongkat yang sama tidak boleh membelah dan memisahkan jiwa kehambaan. Akhirnya, Nabi Musa a.s. terpaksa menunggu generasi seterusnya untuk membina kekuatan. Generasi yang ada ini tidak boleh dipakai... kerana jiwa mereka sudah dilemahkan oleh sistem perhambaan yang mereka alami.

Wednesday, 20 February 2008

Apa Panduan Hidupmu...?



Apa panduan hidupmu?
Buku sejarah dan pengajarannya?
Buku Falsafah dan pengertiannya
Kitab kuno atau internet?
Tulisan Aristotle, Plato? Atau Peter Drucker?
Panduanku al-Quran...

Apa tujuan hidupmu?
Duit, harta yang berjuta-juta?
Kemegahan sebagai seorang kaya?
Seorang yang memegang kuasa?
Tak mau mati selama-lamanya?
Tapi tujuan hidupku adalah kematian yang diredha...

Siapa model ikutanmu?
Orang yang sekaya Bill Gate?
Pemimpin Barat keparat?
Yang bergaya Goerge Bush?
Yang popular penghibur-penghibur?
Ikutanku Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat.

Biarpun susah menyelak-nyelak helaian al-Quran
Biarpun payah mencari erti keredhaan
Biarpun disinis sebagai pengikut setia Nabi Muhammad SAW
Namun bukan susah Allah memberikan kebahagiaan
Namun bukan payah Allah memberikan keampunan
Allah akan menepati segala apa yang dijanjikan...

Monday, 18 February 2008

Bersama Angkasawan

16 Februari '08 yang lalu saya berada di Baling, Kedah atas sebab tugas kerja menyertai program Pameran Sains dan Pendidikan Baling anjuran YB Baling. Sempena dengan pameran sains tersebut, Angkasawan negara didatangkan bagi menemui penduduk Baling dan berkongsi pengalaman sebagai angkasawan.

Program tersebut sangat meriah dengan kehadiran yang luar biasa sehinggakan Dr. Syeikh Muszaphar Syukur terpaksa dikawal ketat oleh pasukan polis, anggota Rela dan pengawal peribadi.

Orang ramai setia menanti 3 jam lebih awal bagi menyaksikan kehadiran angkasawan pertama negara. setibanya Dr. Syeikh Muszaphar, orang ramai bertepuk tangan dan menjerit-jerit tidak henti-henti. Mereka berebut-rebut dan berasak-asak untuk bersalam dengan satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah sampai ke ISS ketika ini. Malah ketika Dr. Syeikh berucap pun orang ramai, para penonton dan penyokong yang terdiri dari anak-anak sekolah sehingga lah yang paling tua bersorak-sorak kegirangan. Mungkin diorang ni teruja sangat...
Dr. Syeikh menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi angkawan. Beliau bercerita bagaimana kehidupan seorang muslim di ISS serta kajian beliau.Orang ramai mendengarnya dengan penuh kekaguman. Termasuklah saya... kagum dengan pengalaman beliau... bangga dapat bertemu dengan beliau... dan yang paling penting saya bangga sebab beliau ghairah membakar semangat warganegara untuk lebih berusaha dan berjaya sepertimana manusia pertama ke angkasa, Yuri Gagarin membakar semangat warga Rusia.

Selepas menjawab semua soalan daripada penduduk Baling beliau menandatangan poskad-poskad untuk diedarkan kepada yang hadir terutama pelajar. Turut tidak ketinggalan, masa yang ada digunakan untuk mengabadikan kenangan bersama Dr. Syeikh dengan bergambar dan bersalaman dengan beliau. Dalam suasana berebut-rebut itu, beberapa pelajar pengsan. mungkin cuaca panas dan keadaan yang berebut-rebut dan terhimpit-himpit. Saya sendiri pun hampir jatuh.

Inilah antara pengalaman yang best.... So, kepada semua, bersemangatlahhhhhhh macam angkasawan negara, Dr. Syeikh Muszaphar Shukor!!!

(Bersama Angkasawan Negara di Seri Baling Inn...)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...