Thursday 9 December 2010

Tidak Membazir...

Berjimat adalah amalan yang sangat mulia pada pandangan umum. Allah menyamakan orang membazir sebagai saudara syaitan. Betapa berat sekali perumpamaan itu! Sekali gus menggambarkan larangan Allah supaya manusia tidak membazir.

Persoalannya, kenapa syaitan? Adakah syaitan membazir?

Sememangnya betul... syaitan amat membazir.

Apa yang syaitan bazirkan? Adakah syaitan makan banyak-banyak sampai tidak habis? Adakah syaitan beli baju mahal-mahal? ehh syaitan pakai baju ke? Adakah syaitan membazir letrik? Adakah syaitan bazirkan air? Adakah syaitan belanjakan duitnya beli ntahapehapentah, atau melancong ke mana-mana? ehhh... syaitan ada duit ke? adakah syaitan pakai kereta mewah, duduk rumah mewah?

Membazir adalah satu sifat berlebih-lebihan mengguna (membeli) sesuatu sehingga ada yang terbuang dengan sia-sia, atau dipanggil boros.

Syaitan amat pembazir... yang syaitan bazirkan adalah masanya, umurnya, badannya dan segala apa yang Allah berikan kepadanya termasuklah keintelektualannya sehingga segalanya itu digunakan untuk melakukan penderhakaan kepada Allah.

Sepatutnya segala nikmat yang Allah bagi kepada kita digunakan untuk mentaati Allah. Kita makan untuk ibadah, kita berpakaian untuk ibadah, kita berjalan untuk ibadah dan masa yang Allah berikan juga tidak kita sia-siakan kecuali untuk ibadah.

Jika kita perlu makan hanya untuk ibadah... maka patutkah kita makan hingga membazir? Jika kita perlu berpakaian untuk memenuhi tuntutan Allah adakah kita perlu bermewahan sehingga terjadi pembaziran yang diamalkan oleh musuh Allah (syaitan)?

Dalam kita menikmati kehidupan ini, kita perlu membezakan antara keperluan (daruriy), kehendak (iradiy) dan kemewahan (tahsiniyat).

Autoriti mesti jelas... mana yang penting dan yang mana yang lebih penting. Segala urusan mestilah dilakuan mengikut urutan tahap kesegeraan dan kepentingannya. Hal ini amat ditekankan dalam pelajaran Fiqh al-aulawiyat.

Semoga kita sama-sama dapat menghindari pembaziran... kerana pembaziran merugikan. Bejimat itu satu kemuliaan, menyelamatkan apa kemungkinan...

Tuesday 19 October 2010

Seperti Peninju

Bekerjalah dengan fokus dan dengan kesungguhan umpama seorang peninju yang akan bertemu dengan lawan handalan di gelanggang pada bila-bila masa. Jika kita tidak bersedia dengan latihan dan stamina pada hari ini kita sudah pasti akan kecundang dengan penuh perasaan kecewa dan malu.

Mike Tyson, Mohammad Ali, Oscar De La Hoya, Evander Holyfield adalah antara peninju yang masyhur dan hebat dalam sukan tinju. Mereka pernah memenangi perlawanan tinju peringkat tertinggi dunia. Untuk mencapai tahap seperti itu mereka telah melalui pelbagai latihan dan pengalaman. Pernahkah anda melihat mereka berlatih? Apakah jenis disiplin yang mereka lakukan? dan bagaimana mereka melalui kehidupan sebagai seorang peninju yang berjaya?


Peninju yang berjaya perlu mengamalkan disiplin latihan dan memiiki daya tahan serta fokus kepada apa yang diinginkan

Peninju-peninju hebat semestinya menerima latihan yang berat dan berdisiplin. Mungkin setiap hari, setiap masa selain masa makan dan tidur, fikiran dan fokus mereka hanya inginkan kejayaan dalam setiap perlawanan. Mereka akan berada di gelanggang hampir setiap masa. Berlari, melompat, menggunakan tali 'skipping', mengangkat beban yang berat, berlatih menumbuk dan mengelak itu adalah antara latihan yang dilakukan oleh peninju selain menghabiskan masa di gimnasium untuk mendapatkan ketahanan mental dan fizikal.

Sebagai pekerja, di bidang apapun, jika kita inginkan kejayaan dan kemenangan wajarlah dibuat dengan kesungguhan. Tidak boleh sama sekali kita mengambil sikap sambil lewa dan leka dengan tugas. Kesannya nanti, kualiti 'outcomes' akan menurun jika kita tidak fokus.

Bila kita sudah menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan kita mesti redha dan rela untuk melakukannya dengan penuh iltizam dan penuh harapan. Walaupun pada mulanya mungkin akan menemui kesusahan dan kegagalan. Namun, InsyaAllah kita akan merasai kemanisannya di akhir nanti. Seperti juga peninju yang menang sesuatu perlawanan. Itulah saat yang paling manis baginya walaupun bidang kerjaya ini akan mengakibatkan wajahnya sentiasa terdedah kepada risiko ditumbuk dan dihentak!

Monday 18 October 2010

Motivasi Dari Pelombong Chile

Sukar dibayangkan kalau kita menjadi salah seorang yang terperangkap di bawah tanah sedalam 625 meter dalam keadaan gelap, tanpa udara yang bersih, tiada makanan yang cukup dan terputus hubungan dengan dunia luar. Yang ada hanyalah lampu suluh yang akan malap dalam beberapa hari sahaja lagi...

Bagaimanakah perasaan kita jika hal seperti itu benar-benar terjadi pada diri sendiri? Mungkin yang terbayang hanyalah kematian... Namun sebelum mati... mungkin kita akan kelaparan, kebuluran, dahaga, sedih, takut kecewa dan putus harapan. Hidup umpama dipenjara. Setiap saat terasa begitu lama. Berkemungkinan juga runtuhan tanah akan berlaku bila-bila masa!

Beginilah keadaan pelombong yang terperangkap setelah mendapat bantuan.

Hakikatnya, itulah yang terjadi kepada 33 orang pelombong Chile di lombong San Jose yang terperangkap sejak 5 ogos 2010 apabila lombong emas dan tembaga di utara Chile itu runtuh. Bukan satu hari atau satu minggu tetapi selama 69 hari sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat negara mereka dengan menggunakan Pheonix 2, kapsul setinggi 4 meter yang direka khas. Ia adalah rekod paling lama manusia terperangkap di bawah tanah dan terselamat.

Kapsul Pheonix 2 yang direka untuk menyelamatkan pelombong yang terperangkap dan hanya seorang sahaja yang boleh menaikinya dalam satu masa.

Pelombong berkenaan terperangkap selepas sebahagian daripada lombong di kawasan gurun itu roboh menutup laluan masuk.

Beberapa minggu selepas kejadian, pelombong berkenaan dianggap sudah mati sehingga Ogos 22 apabila mereka menghantar surat yang ditampal kepada gerudi bahawa mereka masih selamat. Sejak itu pasukan penyelamat menurunkan bekalkan makanan, air, ubat dan udara untuk pelombong terbabit.

Setelah lebih dua bulan terperangkap mereka akhirnya seorang demi seorang ditarik keluar ke permukaan. Penantian itu berkhir dengan sorakan, tepukan dan airmata kegembiraan oleh keluarga, penyelamat serta pemimpin mereka Presiden Chile, Sebastian Pinera yang setia menunggu saat-saat 'pembebasan'. Kegembiraan itu bukan sahaja dirasai atau dialami oleh mereka yang berada dilokasi menyelamat dijalankan malah dikongsi dan dizahirkan oleh seluruh rakyat Chile.

Rakyat Chile bergembira kerana pelombong-pelombong berjaya diselamatkan

Bagi saya, hal seperti ini adalah sangat hebat. Betapa semangat persaudaraan yang ditunjukkan oleh mereka. Salah seorang pelombong, Mario Sepuldeva Espina menzahirkan ucapan "saya benar-benar bernasib baik. Tuhan bersama saya." sambil memuji operasi dijalankan dia menyambung "Sungguh hebat kerana mereka berjaya menyelamatkan dan membawa kami keluar dari kedalaman 700 meter bawah tanah." katanya.

Salah seorang pelombong yang baru diselamatkan menunjukkan rasa gembira.

Pelombong berpelukan dengan ahli keluarga yang terpisah sejak lebih 2 bulan.

Apa yang menjadi motovasi pada diri saya adalah beberapa perkara berikut:-

Pertama; Kesungguhan kerajaan Chile dalam usaha menyelamatkan rakyat mereka yang terperangkap walaupun mereka hanyalah 33 orang pekerja lombong dengan membelanjakan RM70 juta. Kerajaan mereka memiliki sifat tidak meremehkan pekerja 'bawahan' dan tidak bersifat memilih kasih. Sifat berhati perut ini sangat diperlukan dalam sesebuah kerajaan dalam usaha menyelamatkan rakyat yang 'terperangkap'.

Kedua; Bersatu hati menangani cabaran. 33 orang pelombong yang terperangkap bersatu hati di bawah pimpinan ketua pelombong, Luis Urzua dalam menghadapi cabaran itu. Meraka saling memberi semangat untuk terus hidup dan disematkan dalam hati mereka bahawa mereka akan diselamatkan selain terus berusaha. Para penyelamat juga bersatu hati, berusaha dengan melakukan perancangan terbaik termasuk membina jentera penyelamat terbaik serta menggunakan langkah yang strategik dan berhati-hati.

Ketiga; Sokongan moral dari pelbagai pihak termasuk keluarga, media, pekerja lombong, pemimpin dan rakyat seluruhnya sangat membantu dalam usaha gerakan menyelamat.

Keempat; Segala masalah boleh diatasi asalkan ada kesungguhan. Perancangan yang baik dan sokongan semua pihak adalah perkara penting selain bersabar menghadapi rintangan.

Kelima; Jangan mudah putus asa walau apapun terjadi. Sebelum mati usaha perlu diteruskan. Bak kata pepatah berpantang maut sebelum ajal...

Keenam; Kepimpinan yang baik dan bijak sana (good Governance). Ketua Pelombong yang terperangkap, Luis Urzua, 54, menunjukkan sifat kepimpinan yang sangat baik kerana dapat memberi khidmat kepada anak buahnya seperti membahagi-bahagikan makanan, memberi motivasi, merawat dan sebagainya. Dia adalah orang yang terakhir menaiki kapsul itu setelah semua anak buahnya berada dipermukaan. Dia ibarat kapten kapal yang enggan meninggalkan kapal yang sedang karam selagi semua anak kapalnya menyelamatkan diri - bersetuju untuk terus berada di perut bumi sehingga semua 32 pelombong lain diselamatkan.

Luis Urzua, ketua pelombong dan merupakan orang terakhir muncul dipermukaan.

Ketujuh; Untuk lebih berjaya kita mesti kreatif. Lihat sahaja Pheonix 2 dan jentera menyelamat, betapa kreativiti manusia perlu digunakan dalam menghadapi segala kemungkinan.

Kelapan; Apapun usaha manusia... betapa hebat pun manusia... perlu berbalik kepada Yang Maha Berkuasa, Allah SWT. Allah SWT. yang menguji manusia dengan memerangkap mereka di bawah tanah dan Dialah Yang Menyelamatkan manusia melalui instrumennya iaitu manusia yang diberi akal dan mampu berfikir serta berkreativiti.

Semoga kita semua mendapat iktibar dari apa yang berlaku. Wallahu A'lam bisshowab...

Thursday 14 October 2010

Dari Kebodohan Kita Dewasa

Semasa perjalanan pulang dari tempat kerja, menunggang motosikal Honda EX5 mengharungi kesibukan jalan raya di kota raya fikiran aku berputar mengimbau pelbagai kenangan zaman dulu-dulu, zaman ketika masih muda remaja menyebabkan kekadang aku tersenyum sendiri.

Kenangan suka duka silih berganti. Rupanya telah banyak aku lalui sepanjang hidup aku ini. Tidak kurang juga kebodohan yang pernah aku lakukan beberapa kali. Agak melucukan. Sukar diceritakan. Namun hal itu meninggalkan kesan yang mendalam serta mempunyai nilainya tersendiri.

Tentunya sukar untuk mengawalbaik keseluruhan trek kehidupan. Bagi sesiapapun tentunya akan ada suatu perkara yang menyebabkan kesakitan, kerisauan, kesusahan serta mungkin memalukan diri sendiri dan orang lain. Di antara perkara yang pernah berlaku adalah seperti kemalangan, pergaduhan, pertengkaran, percintaan, tersalah anggapan, ketidaksengajaan yang akhirnya membawa kepada peristiwa yang amat memalukan... kesakitan, kekecewaan...

Di antara perkara yang sukar untuk dilupakan adalah peristiwa kemalangan yang berlaku pada suatu petang di akhir tahun 1995. Peristiwa itu berlaku ketika aku menunggang motosikal (Honda c70, Du 6901)dengan seorang sahabat, Asri untuk pulang ke rumah selapas bermain, lepak-lepak bersama rakan-rakan di Pantai Geting. Pada mulanya aku menunggang motosikal kesayangan abah dengan baik sahaja. Namun setibanya di satu selekoh tajam (selekoh biawak namanya) aku mula menunjuk sikap agresif dan memecut laju seolah-olah seperti seorang pelumba handalan lagaknya. Ini semua adalah pengaruh menonton perlumbaan motosikal. Asri yang tadinya diam tiba-tiba terkejut dan melarang perbuatan aku itu. Namun segalanya sudah terlambat. Dalam sekelip mata aku gagal mengawal motosikal. Kami terjatuh dan terseret di selekoh itu serta terhumbang ke dalam semak.

Dalam keadaan yang kalut, antara sedar dan tidak itu aku bangun dari jatuh dan ternampak seekor biawak besar sedang lari dari situ. Mungkin haiwan yang sedang mencari makanan itu terkejut kerana ada manusia yang jatuh ke dalam habitatnya.

Aku cuba bangun dan memerhati sekeliling dengan debaran kencang di dada. Asri juga bangun dan cuba membetulkan diri. Dia kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya terluka di jari sahaja. Aku cuba mengangkat motosikal yang kelihatan teruk dan mengheretnya ke tepi jalan. Ketika itu aku terasa ada cecair hangat mengalir dari mukaku. Aku cuba meraba bahagian yang luka... uhhh... pedihnya. Hidung dan pipi kanan sudah luka dan calar balar. Ketika itu aku mendapati ada luka besar sepanjang sejengkal di lengan kiri selain luka-luka di tangan kanan. Darah makin kuat mengalir. Baju kemeja T putih yang aku pakai semacam disirami pewarna merah.

Dengan kudrat yang masih ada, kami berjaya pulang ke rumah dengan menunggang motosikal yang sama, yang masih mampu bergerak. Kali ini Asri yang menunggang. Aku jadi pembonceng.

Ketika sampai di rumah umi, abah dan abang tiada di rumah. Entah ke mana. Yang ada cuma adik perempuan aku sahaja. Aku terus masuk ke bilik dan baring dalam kesakitan. Sebelum itu aku sempat berpesan pada adik supaya memberitahu hal itu kepada umi dan abah apabila pulang nanti. Janganlah abah dan umi marah pada aku kerana aku sangat sakit, pesanku lagi.

Ternyata, seperti yang dijangka pesanan itu tidak berkesan langsung. Dalam kesakitan dan kelukaan itu aku dimarahi dengan teruk sekali. Umi marah atas berbuatan aku itu sehingga mendapat kecederaan. Dalam kemarahan itu pula terselit pesanan supaya aku tidak melakukan hal-hal yang mungkin menyebabkan perkara seperti itu berlaku pada masa akan datang. Banyaklah yang dibebelnya sambil membersihkan luka dan menyapu ubat luka. Abah pula marah kerana menyebabkan motosikalnya rosak. Dia tidak puas menbelek sana-sini. Banyaklah yang dibebelnya. Namun bebelan itu tidaklah seteruk kelukaan yang aku alami. Terasa sengal-sengal seakan mahu demam.

Kemudian, setelah bebelan dan leteran itu semakin surut aku dibawa ke sebuah klinik swasta untuk dirawat. Luka-luka itu dicuci. Namun tidak pula dijahit kerana luka seperti itu tidak perlu dijahit.

Sepatutnya aku bercuti sakit. Tetapi aku tidak boleh bercuti kerana lusa ada peperikasaan akhir tahun. Terpaksalah aku ke sekolah dan menduduki peperiksaan dengan wajah yang buruk sekali. Arghhhh... amat memalukan pada masa itu... Tak sanggup nak ingat semua gelak ketawa kawan-kawan apabila melihat wajah aku yang luka-luka dan calar-balar... pedihnya usah dicerita lagi!

Itulah antara kenangan yang sukar dilupakan... moral of the story... kekadang kita mendapat pengalaman yang berharga dari sebuah kesakitan yang kita alami suatu ketika dulu akibat dari kebodohan sendiri... kesannya kita lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan...

Banyak lagi cerita yang nak aku kongsi...

Bersambung...

Perlu ke? hah? tengok keadaan...

Monday 27 September 2010

Nafsu Perlu Dikawal

"Dalam diri manusia terdapat nafsu yang perlu dikawal", antara ucapan awal Khatib pada khutbah jumaat lalu memperingati para jemaah yang hadir dalam pertemuan fardhu 'ain mingguan itu.

Dia menyambung khutbah itu dengan tenang dan menggunakan bahasa yang baik... "Nafsu menyebabkan manusia bertindak diluar batasan. Sebagaimana yang kita lihat berita-berita sejak akhir-akhir ini, Manusia sanggup berbunuh-bunuhan kerana nafsu. Manusia sanggup memperkosa, mencederakan wanita dan kanak-kanak kerana nafsu. Manusia sanggup menganiaya jiran kerana nafsu. Berlaku pergaduhan, perpecahan , penceraian dan salah faham kerana nafsu. Manusia sanggup buat apa sahaja bagi memenuhi kehendak nafsunya."

"Apa lagi yang dapat mengawal nafsu selain dari iman. Allah swt. mendatangkan wahyu kepada manusia untuk mendidik manusia supaya jangan terpengaruh dengan ajakan syaitan."

"Wahai para hadirin sekelian... ingatlah, janganlah kamu membiarkan nafsumu menjadi tunggangan syaitan... ini kerana syaitan adalah musuhmu yang jelas. Musnahlah hidup manusia jika hanya terlalu mengikut hawa nafsu dan ajakan syaitan. Kita telah lihat betapa banyak kemusnahan telah berlaku semenjak manusia dipengaruhi nafsunya."

"Ikutlah agama Islam yang merupakan jalan terbaik untuk menuju kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup... didiklah dirimu, keluargamu dengan didikan Islam, didikan Nabi s.a.w. dan para sahabat."

Inilah antara intisari khutbah jumaat yang dapat saya kongsi dengan rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekelian. Semoga dapat iktibar...

Thursday 23 September 2010

Internet... Masa Depan Yang Tersilap!

Masa aku balik ke zaman lampau... 100 tahun ke belakang. Iaitu dalam tahun 1910, aku ada jumpa dengan orang-orang kampung pada masa tu. Masa tu ya Allah... orang-orang kampung aku semuanya kolot dan agak tradisional. Semuanya nampak macam orang dulu-dulu. Pakaian mereka takde la macam orang zaman sekarang. Lusuh dan buruk. Rumah pun sama. Jenis rumah tradisional dan diperbuat daripada kayu. Sangat-sangat berbeza.

Aku berada di sana sekajap sahaja. Ini semua kerana nak buat servey tentang pemikiran orang-orang pada masa lampau. Kebetulan aku diberi peluang mencuba bilik masa yang dibuat oleh agensi kami secara rahsia. Semua orang tak tahu projek kami. Aku rasa korang pun tak tahu projek kami.

Aku sempat berbual dengan orang kampung aku. Perbualan kami yang berlangsung di rumah penghulu agak biasa-biasa pada mulanya. Aku bertanya tentang pekerjaan, aktiviti harian, pendidikan dan cara mereka berkomunikasi. Seperti yang kita tahu, sejarah kehidupan atau aktiviti masyarakat lampau adalah seperti bertani, menternak, berniaga dan mengajar. Aku mendapat banyak maklumat berguna.

Setelah itu aku dikejutkan dengan persoalan dari penghulu kampung, "boleh kami tanya sikit tuan hamba?".

"Boleh, silakan...", jawab aku.

"Apa ada pada negeri kamu?", tanya penghulu.

Dia yang tidak percaya dengan kedatangan aku dari masa depan bertanya mengenai negeri aku yang sangkanya aku datang dari negeri yang lain, yang jauh dari daerah ini. Aku pun malas nak bagi tahu hal keadaan sebenar hanya layan pertanyaan mereka.

"ohh... negeri saya ada macam-macam tok... yang pelik-pelik tok", jawab aku sedikit berloyar buruk.

"Pelik macam mana?", tanyanya lagi.

"Di negeri kami, kalau nak pegi mana-mana kami naik kereta yang dibuat dari besi dan beroda getah, yang menggerakkannya bukan lembu atau kerbau... yang menggerakkannya adalah api", aku mula bercerita. Tercengang semua yang ada di situ. Dan ada yang ketawa. Mereka sangka mungkin yang berkata-kata ini adalah seorang yang kurang siuman.

"Kalau perjalanan yang jauh dan perlu menyeberangi lautan kami akan menaiki kapal terbang yang diperbuat dari besi, bersayap...", sambungku dan disambut dengan gelak tawa yang lebih kuat...

"Tok... saya bercakap benar..."

"Baiklah, lagi ada apa di negeri mu?"

"Yang paling hebat ialah internet, tok!"

"Menatang apa tu?"

"Internet tu adalah suatu alat untuk hantar maklumat dan bercakap-cakap dalam jarak yang jauh tok?"

"Sejauh mana?"

"Sejauh mana pun dan kepada sesiapa pun yang ada alat itu."

Penghulu sedang termenung panjang. Apa yang difikirnya pun aku tak tahu.

"Alat tu bukan sahaja boleh hantar maklumat tapi boleh juga berbual macam kita berdepan dengan seseorang itu sebab ada kamera."

"Kamera!?"

"Ya, alat untuk rakam gambar"

"Sukar nak percaya kata-kata kamu... tapi jika benar ada semua itu... ini tentu suatu kesilapan. Kesilapan besar..."

"Kenapa tok...?"

"Semua tu adalah alat-alat setan yeng diguna untuk menyesatkan manusia..."

"kenapa tok kata macam tu...?

"Di negeri ini pun ada benda macam tu", penghulu sedikit berbisik dengan aku.

"Benda apa tu...?"

"Orang yang bela jin dan hantu... semuanya sesat dan berdosa..."

"Hah...", terkejut aku.

Thursday 2 September 2010

Hari Raya ‘Idul Fitri


Simbol Hari raya
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya
Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Amalan Lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.
Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.
Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi
Pendahuluan
AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah semakin dekat dan kesan puasa seperti kesucian dan kematangan jiwa, kekuatan mental, ketinggian moral dan akhlak dapat dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.
Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.
Takrif
Pengertian 'Idul Fitri (Kembali kepada Fitrah)
Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun.
Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.
Pengertian Fitri
Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Quyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.
Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka septutnya benar-benar menjadi orang yang takwa.
Sejarah Idil Fitri
1 Syawal bagi bangsa arab zaman Purba adalah pesta yang diraikan dengan aneka ragam permainan malah berlanjutan hingga permulaan hijrah Rasul saw.
Mafhum Hadis saw
Rasulullah SAW bersama Saidatina Aishah ra menyaksikan tarian perang yang dilakukan oleh Bani Arfidah dihalaman Masjid Nabawi pada bulan Syawal (budaya menyambut hari Raya bangsa arab). (Riwayat Bakhari)
Mafhum Hadis Saw
Di hari lain di rumah Nabi saw Saidatina Aishah dan hamba wanita menyanyi di hari raya sehingga Saidina Abu Bakar melarang Aishah dan memanggilnya seruling Syaitan disisi Nabi saw. (Riwayat Bakhari)
Adab-adab Hari raya Idil Fitri
Pakaian Pada saat mendirikan shalat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (berwarna warni)
Sabda Rasul SAW
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah saw. lalu berkata : Yaa Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan sebagimana yang engkau nyatakan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bahagian orang-orang yang berpuasa dengan penuh keimanan. (HR Bukhary dan Muslim)
Sunat Dilakukan Di Aidil Fitri
  • Membersihkan diri seperti memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan sebagainya (sesuai dibuat pada sehari sebelum Syawal).
  • Mandi sunat hari raya.
  • Memakai minyak wangi.
Bertasbih/Tahmid/Takbir Dan Bertahlil
(DiHari Raya)
Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat shalat 'ied sampai mereka tiba di mushalla (tempat shalat 'ied) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam ber takbir maka merekapun ikut bertakbir. (HR Ibnu Abi Syaibah)
Mendengungkan takbir
Pada hari raya aidil fitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat shalat dan sesampainya di tempat shalat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai shalat dimulai. (Takbir Mutlak)
Pada hari raya aidil adhha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah) hingga akhir hari tasyriq (13 Dzul Hijjah).(Takbir Muqayyad)
Sebelum berangkat ke tempat solat
Makan
Sebelum berangkat shalat hari raya fitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma , jika tidak ada maka makan apa saja.
Sebaliknya pada hari raya aidil adhha, disunnahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai shalat aidil adhha.
Dalil Hadis SAW
(Makan Sebelum Pergi Ke tempat Solat)
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. ia berkata : Adalah Nabi saw. tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (HR Al-Bukhary dan Muslim)
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk shalat aidil fitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada shalat aidil adhha sehingga beliau kembali dari shalat 'ied. (HR Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
Berkhutbah
Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi saw pada hari raya aidil fitri dan aidil adhha keluar ke mushalla (padang untuk shalat), maka pertama yang beliau kerjakan adalah shalat. Kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada shof mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ). Apabila beliau hendak mengutus tentara atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan,beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (HR: Al-Bukhary dan Muslim)
Telah berkata Jaabir ra: Saya menyaksikan shalat 'ied bersama Nabi saw. Beliau memulai shalat sebelum khutbah tanpa adzan dan tanpa iqamah Setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka. Setelah selesai beliau turun mendatangai shaf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (HR Muslim)
Perintah wanita uzur hadir ke tempat solat
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada aidil fitri dan aidil adhha semua gadis-gadis, wanita wanita yang haidh, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haidh mengasingkan diri dari mushalla (tempat shalat 'ied), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan da'wah kaum muslimin (mendengarkan khutbah). Saya berkata: Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Supaya saudaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Bahwasanya Nabi saw. keluar untuk shalat aidil fitri dua raka'at, tidak shalat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (HR Bukhary dan Muslim)
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk shalatb 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain). (HR : Bukhary)
Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata: Sesungguhnya Nabi saw. bertakbir pada shalat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak shalat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (HR Amad dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata : Adalah Nabi saw. dalam shalat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma Rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (HR Ahmad)
Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi saw. waktu shalat 'ied. Aku menjawab : beliau membaca surat (Iqtarabatissa'ah) dan (Qaaf walqur'anul majid). (HR Muslim)
Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom ra. ia berkata : Nabi saw. mendirikan shalat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan shalat jum'at, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu shalat jum'ah, maka kerjakanlah. (HR Imam yang lima (Ahli Hadist) kecuali At-Tirmidzi)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Nabi saw. bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari jum'ah dan hari raya), maka barang siapa yang suka shalat jum'ah, maka shalatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan shalat jum'ah. (H.R : Abu Daud)

Monday 16 August 2010

Serunding Ayam - Stok Baru!


Dapatkan segera serunding ayam yang baru tiba dari Kampung Laut!
Harga RM15 bagi pek 200 gram
Hubungi 017-6852369/017-6298262

Sunday 8 August 2010

Tidak Harus Terlalu Gemuk

Orang Islam tidak seharusnya terlalu gemuk sehingga membebankan diri sendiri seperti membebankan diri dengan berat badan yang terlebih, memudahkan penyakit-penyakit berbahaya hinggap, lemah fikiran, lesu badan, mudah mengantuk, cepat lupa dan berbagai bebanan yang lain.

Sebenarnya, jika seseorang Islam mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan tepat, dengan sendiri mentalnya bagus dan fizikalnya sihat. Ini kerana ada beberapa amalan Islam yang mengarahkan dan menggalakkan orang Islam supaya menggerakkan badan dan menjaga pemakanan dengan betul misalnya Solat, Puasa dan Haji.

Semua orang Islam tahu bahawa Solat adalah tiang Agama Islam. Tiang adalah sesuatu yang penting dalam struktur bangunan. Jika tiada tiang maka sesebuah bangunan mudah rosak dan mudah runtuh. Begitulah gambaran Islam kepada Solat. Islam adalah bangunan dan solat pula adalah tiangnya. Maka Solat wajib didirikan oleh semua orang Islam. Perintah wajib ini banyak terkandung dalam rujukan utama Islam iaitu al-Quran dan hadis yang berbunyi, "Aqimu al-sholah" 'dirikanlah solat'.

Seseorang yang melakukan solat dengan penuh penghayatan insyaAllah akan memperolehi kekuatan dari sisi fizikalnya dan mentalnya. Ini kerana solat mempunyai pergerakan-pergerakan yang sangat terkesan dari segi kesihatan badan. Solat mengandungi pergerakan berdiri (qiam), ruku', i'tidal, dua kali sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tasyahud. Pergerakan ini mesti dilakukan 17 kali sehari kecuali duduk tasyahud (9 kali sahaja). Semua pergerakan-pergerakan itu boleh merehatkan otot-otot, meregangkan urat saraf, menyegarkan organ-organ, melancarkan pengaliran darah dan mengalirkan oksigen ke otak dengan baik. Disamping itu juga, pergerakan solat dalam saf-saf ketika berjemaah boleh meneutralkan cas-cas nagetif pada badan dan dengan itu terhasil keseimbangan mental dan wujud ketenangan setiap kali bersolat. Kebenaran ini telah dibuktikan oleh pakar-pakar kesihatan dan ahli psyikologi.

Di samping pergerakan-pergerakan itu, dalam ibadah solat terdapat unsur lain yang melengkapkannya iaitu khusyu'. Khusyu' adalah keadaan di mana seseorang yang tidak lari niatnya dari awal hingga ke akhir solat. Dengan kata lain, khusyu' adalah fokus dalam solat. Dari awal niat hingga ke akhir solat mestilah ditetapkan dalam hati dan dikawal perasaan bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Kuasa. Tuhan Yang Maha Besar, Yang Memerintah alam semesta.

Tidak cukup dengan solat 5 kali sahari iaitu 17 rakaat, setiap muslim juga disuruh melakukan solat-solat sunat antaranya solat sunat qabliyyah ba'diyyah, solat sunat hajat, tahajjud, taubat, mutlak, witir, dhuha, tahiyyatul masjid, whuduk dan bermacam-macam lagi. Kita sedia maklum bahawa solat sunat amat digalakkan dalam banyak-banyak amalan sunat lain. Jikalaulah seseorang boleh melazimkan diri melakukan solat-solat sunat ini insyaAllah fizikal dan mental akan kuat, sihat sepanjang hayat.

Betapa Solat itu penting dalam Islam dan boleh menyihatkan rohani jasmani begitulah juga halnya kepada ibadah puasa. Puasa adalah ibadah penting dalam dalam Islam dan terkandung dalam rukun Islam. Puasa diertikan sebagai menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari masuk waktu subuh hingga masuk waktu maghrib. Puasa diwajibkan kepada umat Islam yang cukup umur dan berakal selama sebulan pada bulan Ramadhan setiap tahun.

Kebaikan-kebaikan puasa sebenarnya sudah dikaji oleh pakar kesihatan dan merupakan cara diet yang penting. Namun bagi orang Islam, puasa bukanlah cara berdiet tetapi diet itu ada terkandung dalam amalan puasa. Apa yang sangat penting dalam ibadah puasa adalah puasa tersebut merupakan ibadah disuruh atau perintah daripada Allah SWT.

Selain daripada puasa wajib dalam bulan Ramadhan, terdapat beberapa jenis puasa sunat seperti puasa sunat pada enam hari di bulan Syawal, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat pada hari asyura dan lain-lain lagi yang mana puasa tersebut digalakkan dalam Islam.

Ibadah haji pula merupakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Haji diwajibkan kepada orang Islam yang mampu untuk melakukannya. Perkataan MAMPU itu merangkumi kemampuan dari sudut fizikal dan kewangan. Oleh itu, Islam menggalakkan penganutnya sentiasa bersedia dari segi kesihatan fizikal dan kewangan. Ini kerana setiap Muslim bercita-cita untuk mengerjakan ibadah Haji, ibadah yang kelima dalam rukun Islam.

Selain daripada ibadah-ibadah khusus yang diwajibkan dalam Islam itu, terdapat beberapa peringatan dan pengajaran Islam yang menggalakkan umat Islam hidup secara sihat. Umpamanya Islam menggariskan panduan dalam pemakanan. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyuruh makan makanan yang halal dan baik serta diberi senarai makanan yang halal dan tidak halal supaya orang Islam akan sejahtera kerana sejahtera itu adalah objektif utama Islam.

Bukan sahaja setakat senarai makanan yang halal lagi baik ditunjukkan dalam al-Quran, diajarkan oleh Nabi S.A.W. tentang adab-adab makan. Antaranya; memulakan makan dengan Basmalah dan doa. Basmalah dan doa adalah suatu cara berzikir kepada Allah yang boleh mengingat Muslim bahawa makanan yang bakal dimakan itu hanyalah sebagai penguat badan untuk melakukan ibadah dan bukannya untuk makan sekenyang-kenyangnya.

Nabi S.A.W. juga mengajar kita untuk makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, banyakkkan makan buah dan berbagai-bagai adab makan yang lain. Sekali gus umat Islam tidak digalakkan makan makanan tidak halal dan makan secara berlebihan, mengikut nafsu selera sehingga memudharatkan diri.

Dengan kenyataan-kenyataan di atas maka tidak seharusnya seseorang Islam itu berbadan gemuk dan didatangi penyakit berbahaya disebabkan kegemukan. seharusnya seseorang bertanggungjawab pada jasadnya. Tidaklah boleh membebankan jasad dengan bebanan yang tidak sewajarnya.

Sesungguhnya kita amat beruntung kerana diberi Agama Islam oleh Allah sebagai panduan hidup. Islam mengajar segala-galanya. Tidak ada tujuan lain hanyalah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Marilah sama-sama mengamalkan Islam. Islam best...

Saturday 31 July 2010

Membantu Menyempurnakan Ibadah

Sokongan, galakan dan dorongan diperlukan dalam sesuatu organisasi bagi menempah kejayaan yang sama-sama diimpikan. Ahli dalam organisasi perlu memainkan peranan sebaik mungkin sebagai anggota organisasi. Bukan sahaja tugas individual perlu dilaksanakan tetapi setiap anggota mesti juga peka kepada anggota lain dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka. Begitulah juga dalam menyempurnakan ibadah- setiap orang perlu bantu-membantu dan ingat memperingati dalam melaksanakan ibadah.

Nabi S.A.W. diutuskan untuk memberi pelajaran dan tauladan kepada setiap orang untuk melakukan ibadah dengan cara yang betul. Percayalah bahawa Agama Islam bukan hanya agama untuk Nabi Muhammad S.A.W. dan para Sahabat sahaja. Allah S.W.T. tidak hanya menyuruh Nabi S.A.W. untuk melakukan ibadah tetapi Allah Memerintahkan Nabi S.A.W. untuk memperingatkan kepada setiap orang untuk melakukan ibadah yang sama kepada Allah S.W.T..

Perintah untuk menyampaikan atau dakwah tidak hanya terhenti apabila Nabi Muhammad S.A.W. wafat. Perintah dakwah akan terus mengalir kepada umat Islam yang sentiasa mengikuti Sunnah Nabi S.A.W..

Jika di zaman awal Islam, dakwah dibuat dengan pelbagai cara yang berkesan untuk zaman itu. Namun setelah beberapa masa dan zaman berlalu dakwah sudah perlu diubahsuai dengan keadaan semasa. Namun kandungan dan objektif asas dakwah tidak akan berubah sama sekali iaitu untuk memperkenalkan dan meninggi Kalimah Allah.

Manusia sepatutnya tidak boleh hanya sibuk melakukan ibadah sendirian sedangkan ahli organisasi lain tidak melakukan hal yang sama dan tidak ada usaha untuk mengajak serta membantu untuk membawa kepada ibadah yang sempurna.

Adakah seseorang akan rasa selamat apabila hanya dia seorang selesai melakukan solat sedangkan orang lain sekitarnya tidak mendirikan solat atau melakukan solat dengan tidak sempurna? Ingatlah bahawa bala bencana akan menimpa kepada sesuatu kaum yang majoriti derhaka kepada Allah. Walaupun dalam kaum itu ada yang beribadat kepada Allah S.W.T namun bencana akan tertimpa kepada semua.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama membantu rakan-rakan, saudara mara, adik-adik, anak-anak serta pasangan kita untuk melakukan ibadah. Yang tidak tahu tolonglah ajar-ajarkan. Yang kurang tolong mempertambahkan. Yang melambat-lambatkan tolong mempercepat-cepatkan. Percayalah... Syurga lebih nikmat didiami bersama ahli kelurga, teman-teman semasa hayat di dunia...

Dalam al-Quran, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "tolong-menolonglah kamu di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah tolong-menolong di atas perkara dosa dan kerosakan". Semoga kita dapat sama-sama membantu dalam menyempurnakan ibadah kepada Allah S.W.T.

Friday 9 July 2010

Menjual Serunding

Serunding Kampung Laut


Serunding adalah sejenis makanan atau masakan Melayu tradisional terutama dari Kelantan. Ianya sedap dimakan bersama nasi, pulut, roti dan sebagainya. Ianya juga selalu dijadikan inti dalam berbagai kuih dan masakan seperti pulut bakar, karipap kecil, popia kecil dan lain-lain.

Tidak perlu kami bercerita panjang mengenai serunding kerana rakyat Malaysia semua sudah tahu keenakannya.

Kini anda boleh mendapatinya dengan cara yang mudah dan murah iaitu dengan pembelian secara online.

Jenis Serunding dan Harga;

Serunding Daging (tempatan)
200 gram = RM15
1 kg = RM 70

Serunding Ikan
200 gram = RM10
1 kg = RM45


Serunding ikan dan daging dalam pek 200 gram

Serunding daging (tempatan) yang sedap dimakan dengan pelbagai masakan


Serunding ikan yang boleh dijadikan inti kuih atau dimakan dengan roti pun sedap juga.


Anda boleh membuat tempahan melalui email w.norhisyam@gmail.com atau melalui facebook w.norhisyam atau dengan menghubungi no. hp 019-3844600

Kadar cas pos bungkusan

Kadar cas pos bungkusan yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia adalah seperti berikut;

cas pos dalam semenanjung iaitu:

0-2 kilogram = RM7
2-3 kilogram = RM8.50
3-4 kilogram = RM10
4-5 kilogram = RM11.50
5-6 kilogram = RM13
6-7 kilogram = RM14.50

Sila rujuk laman web pos malaysia untuk cas pos berat yang berikutnya.

cas pos udara (untuk Sabah dan Sarawak) adalah seperti berikut:
0 - 0.5 kilogram = RM 8.50
0.5 - 1 kilogram = RM 10
1 - 1.5 kilogram = RM 11.50
1.5 - 2 kilogram = RM 13.00
2 - 2.5 kilogram = RM 16.00
2.5 - 3 kilogram = RM 17.50


Sila rujuk laman web pos malaysia untuk cas pos berat yang berikutnya.

100% perusahaan melayu dan Dijamin halal

Wednesday 30 June 2010

Yang Lebih Bermanfaat

Manusia yang berkualiti dinilai dari segi manfaat yang diberikan kepada manusia lain. Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa; "sebaik-baik manusia adalah yang memberi lebih manfaat kepada orang lain".

Kehidupan ini bukan hanya bererti untuk diri sendiri sahaja. Bukan hanya tertumpu pada kebajikan diri dan bersifat peribadi. Hidup ini sebenarnya akan lebih bererti sekiranya kebaikan yang kita ada itu ditebarkan kepada orang lain. Inilah keindahan ajaran Islam. Betapa kehidupan bermasyarakat secara harmoni dan sejahtera dituntut secara berleluasa. Islam juga mengajar betapa kehidupan ini bersifat perlu dan memerlukan. Bukan sahaja wang ringgit, makan minum yang perlu dikongsi dan dibahagi-bahagi. Malah yang jauh dari itu juga perlu dikongsi seperti saling memberi dan meminta nasihat, berkongsi perasaan serta kebahagiaan.

Begitulah pula ilmu yang dimiliki juga perlu dikembangkan kepada semua orang supaya semua dapat merasai manfaat ilmu tersebut.

Walaupun hakikatnya orang miskin memerlukan kepada si kaya namun sebenarnya si kaya juga memerlukan si miskin iaitu ketika berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Esa. Ketika itu Allah Azza wa Jalla akan bertanya; apa yang kamu lakukan kepada si miskin ini semasa di dunia? Si kaya akan mendapat pahala yang banyak dari Allah sekiranya dia mendapati bahawa si miskin itu memperolehi manfaat daripada kebaikannya semasa hayat di dunia. Begitulah adanya putaran kehidupan sebagai seorang muslim sejati.

Kepentingan dunia bukan hanya ukuran untuk dipakai dalam melakukan segala kebaikan. Keuntungan di sini tidak sebesar mana pun sekira dibandingkan dengan keuntungan di Akhirat.

***Orang yang paling baik adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain dan sebenarnya bukanlah orang paling baik jika hanya pandai mengambil manfaat daripada orang lain.

Monday 31 May 2010

Catatan Perjalanan Bhg. 4

Penyelamat


Subuh yang syahdu itu amat dingin, memberatkan kepalaku. Aku lihat semua rakan-rakan sudah mulai bersiap untuk menunaikan solat. Joe menggeliat. Nazri baru bukak mata. Pak Abu dah siap mandi. Perlahan-lahan kami bangun untuk bersihkan diri. Yang lain masing-masing bergerak ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Bagi yang tak tahan sejuk, confirm tak mandi. Ambik wudhuk pun sekali basuh je. Ambik syarat.


Azan sudah dikumandangkan oleh bilal Masjid. Para jemaah sedang solat sunat. Rakan-rakan kita pun ada yang buat begitu. Pelajar perempuan juga kelihatan seirama. Masing-masing menuju ke satu arah- solat subuh.


Takkala merasai kelewatan, aku segera berwudhuk dan terus menuju ke dewan solat yang bersebelahan tempat aku tidur tadi. Air sejuk itu tadi membuatkan aku segar serta-merta. Mujarabnya air sejuk Cameron. Kalau kat UIA, agak susah nak bangun seperti ini. Dapat solat jemaah dan merasai kehidupan Muslim yang sebenar. Hidup dalam barakah Ilahi selagi masih dalam safnya mengembara ke alam perjuangan.


Iqamah didengarkan… panggilan terakhir untuk membentuk saf-saf, bersatu mengadap yang Maha Esa.

“Allahu Akbar…”


****************************


Kami sekali lagi menaiki lori dan leroba JHEOA menuju ke pekan Ringlet, tempat pertemuan dengan sebahagian anggota Comrade yang datang dengan keretapi. Sesampainya di pekan itu, kami diturunkan di situ sementara lori itu digunakan pula untuk mengangkut rakan-rakan yang naik keretapi.


“diorang akan naik bas dari Tapah dan turun kat Tanah Rata. So, lori akan ambik diorang bawak ke sini. Kita tunggu kat sini dulu. Sementara tu, kita cari sarapan dulu. Kalau korang nak beli barang keperluan, kedai ada kat kawasan ni. ATM ada kat sana kalau nak cucuk duit,” kata Along kepada kami semua sambil tangannya menunjuk arah ATM di seberang jalan depan sana.


Aku bersama rakan-rakan terus ke gerai dan bersarapan di situ. Makan ala kadar je. Nasik lemak buat alas perut. Tapi bila teringat nak jalan jauh, aku tambah roti canai sekeping.


Selepas itu pula kami bertebaran di muka bumi mencari barang-barang yang dirasakan perlu.


Kat sini la aku masih ingat aku sempat telefon pada seseorang untuk say good bai sambil meluahkan sesuatu padanya. Kenapalah dia tak datang sama ke program kali ni, getus hatiku. Hai… tingkalkan dulu bab ini, kita ada misi lebih penting.


Kami berkumpul semula dekat stesen minyak Shell (kalau tak silap) sambil menunggu kehadiran sebahagian kami yang datang dengan kereta api.


“Joe, tak tahan aku… nak muntah, bau apa nihhhh…?” protes aku apabila bau asap semakin kuat menusuk deria bau aku.


“Macam ada cina buat bekwoh… siap ada colok-colok besar lagi…” kata Joe sambil meninjau keadaan.

Dekat seberang jalan sana ada macam tempat pemujaan orang cina budha. Kelihatan agak ramai kaum itu berkumpul sedang melakukan satu ritual. Kami semua hanya tengok dari jauh sahaja sambil masing-masing memberi komen prihal yang dilihat.


“wekkk…!”


Sorang pelajar pompuan nak termuntah bila terlihat perempuan cina menjinjing sebahagian badan binatang haram (ba’ alif ba’ ya) yang telah masak dibakar…! MasyaAllah… sesungguhnya mereka tidak mengerti.


Itulah antara cabaran bila berprogram. Semua itu dapat dialami oleh kami semua. Selaku pelajar… belajarlah mengerti sesuatu mengikut pengalaman. Kalau tak tahu, aku suka bertanya je… satu jalan pintas untuk pandai. Yang dah banyak pengalaman, tunjukkanlah adik-adik ini sesuatu, sesuai dengan pengalaman yang ada. Islam tertegak dengan akhlak dan keperibadian Rasulullah SAW… maka tunjukkanlah akhlak yang baik kepada semua. Semoga kuffar terlihat keistimewaan pegangan kita yang dipanggil Islam ini dek kerana kejernihan dan kenyamanan budi pekerti.


Kiambang bertaut kembali… begitulah keadaannya apabila rakan-rakan yang datang dengan kerata api baru tiba di pekan Ringlet. Kami bertanya khabar, bersalaman… malah ada yang berpelukan. Macam meriah je… membangkitkan semangat ingin mengembara.


“So, jom kita bergerak, lori barang dah tunggu kita dekat jalan masuk…”Along mengarah anak buah.


“Himpit-himpit pun takpe, dekat je…”


Kami mula bergerak meninggalkan pekan Ringlet. Kurang sepuluh minit kami tiba di jalan yang tidak berturap. Tapi okey la… jalan tanah merah.


Semua barang-barang dimasukkan ke dalam 3 buah leroba untuk dibawa ke kampong orang asli kecuali beg-beg pakaian atau barang sendiri perlu digalas sendiri. Sebab itu beg yang paling sesuai untuk masuk kampong mestilah beg hover set (beg kembara, biasanya orang putih pakai untuk mengembara dan team adventure club selalu pakai) atau sekurang-kurangnya beg galas yang besar serta tahan lasak. Kalau guna beg pakaian bimbit atau beg pakaian sukan… nahas ler… dan jangan nak ngada-ngada guna beg bertayar kat sini… kat airport boleh atau nak balik kampong sendiri…


Di sini bermulanya kami berjalan kaki. Rakan-rakan sudah mulai bergerak. Abang Zeli mengambil tempat hadapan mengetuai seramai 63 orang pelajar. Aku dan sahabat, Joe sekadar membiarkan mereka yang lain mendahului. Kami antara yang terakhir memulakan langkah setelah selesai membantu rakan-rakan meninggalkan kawasan ladang sayur yang agak berbau dan banyak lalat.


Di hadapan aku dan Joe, ada Pok Din, Pok Abu, Sayuti, Abang Hisham dan rakan-rakan pelajar wanita. Mungkin kerana cuaca, kepenatan dan beban berat Kak Ja hampir nak terjatuh. Mukanya nampak pucat. Seorang rakan yang lain mengeluarkan minyak cap kapak.


“Ja… okey ke…?” Tanya seorang rakannya. Aku menghampiri mereka. Kami berhenti sekejap. Kak Ja Nampak releks sikit. Kemudian bangun membetulkan sendi urat, menarik nafas.


“Dah okey…,” Jawab Kak Ja. Lantas mengambil semula beg pakaiannya untuk digalas. Lalu Dengan perasaan simpati melihat keadaan itu Abang Hisham menawarkan untuk membawa beg Kak Ja.


“Mari saya bawak dulu… bila dah okey nanti saya bagi balik…”.


Kak Ja merelakan saja beg itu dibawa oleh Abang Hisham. Kami pun memulakan langkah semula yang agak sudah ketinggalan.


Seingat aku, itulah pertemuan pertama Abang Hisham dengan Kak Ja sehingga akhirnya pada 2004 mereka diijabkabulkan. Kebetulan pulak… Abang Hisham dan Kak Ja masuk kampong yang sama iaitu kampong Susu, kampong yang menambahkan keakraban mereka berdua. Nostalgia sungguh… selamat berbahagia kepada mereka… dah lama tak dengar berita mereka… dah berapa orang anak agaknya?


Kembali kepada perjalanan kami.


Setelah itu, aku dan Joe mula bergerak laju memotong beberapa rakan-rakan. Masa ini la aku berkenalan dengan Pak Abu. Kebetulan aku terserempak dengan dengan kumpulan Pak Abu. Sedikit info… biasanya bila berjalan ramai-ramai macam ni, mereka akan memilih kumpulan masing-masing. Pak Abu, Along, Pok Din dan rakan-rakan nya satu kumpulan, Abang Zeli, Kak Amy and the gang kat depan sekali. Nazri dengan kumpulan Hasranorita, Sharifah, Cek Su dan rakan-rakan. Anis dengan geng diorang. Dan banyak lagi kumpulan-kumpulan pelajar wanita. Aku…. Aku berjalan dengan Mat Joe… aku ada strategi sendiri, aku akan bermula di belakang sekali dan akan melintasi/ memotong kumpulan demi kumpulan yang lain sehingga sampai kat tempat yang nak di tuju. Dan ketika melintasi Pak Abu, aku panggil Abu sebagai Abu Sayyaf sebab dia pakai baju jaket ala askar warna kelabu kehijau-hijauan.


Aku juga sempat berkenalan dengan Kak Ja Ganu (tak ingat nama asal). Dia bersama seorang rakannya kelihatan agak penat dan berhenti rehat selapas melepasi satu bukit. Aku dan Joe yang juga penat berhenti untuk meneguk air. Di situ lah kami bertegur sapa sebelum meninggalkan mereka untuk melintasi kumpulan yang lain.


“Ramai lagi yang kita tak kenal kan?!” aku bersuara.


“Ye la, ramai orang baru…,” Jawab Joe.


“Mana Zek?... tinggal kawan la dia nih…” protes aku.


“entah la… tadi ada…”.


“Okey… Jom kita cari dia… kat mana Zek… Kita teruskan perjalanan…!”, laungku bergema.


Hari yang cerah. Hutan yang tebal. Suasana yang nyaman. Udara yang segar. Hati yang happy. Rakan-rakan yang ceria. Jalan yang berliku, berbukit-bukit. Kadang-kadang kami mendaki. Kadang-kadang kami menuruni lembah. Itu lah yang dapat aku gambarkan perjalanan itu.


Di kala ini lagu Hijau Bumi Tuhan (XPDC) bergema…. Aku turut menyanyi.

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya
Tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan Tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Bersambung...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...