Saturday 6 February 2010

Kuarters Guru

Agak membosankan kalau aku tidak benar-benar membawa computer riba milik adik bongsu aku ke Pusat servis Nissan, Batu Caves pagi ini. Masa 4 jam menunggu ini amat membosankan. Nak balik rumah bukan senang jika tidak ada kenderaan sendiri. Tambang teksi agak mahal akhir-akhir ini. Tambahan pulak aku ini bukan jenis suka membazir jika sekadar nak balik rumah dan datang balik ambik kereta dengan susah payah. Fikir-fikir lebih baik menunggu sahaja di sini.

Dari pagi lagi pusat servis ini penuh. Bilik menunggu pun penuh. Para mekanik agak sibuk. Namun semuanya nampak teratur. Mereka ini kelihatan bekerja dengan dedikasi dan professional. Setakat ini aku agak berpuas hati walaupun cas yang dikenakan tidak murah.

Kesempatan yang ada ini aku guna untuk melayari laman kegemaran aku kini (facebook, blog-blog, berita online dll.) disamping meng'update' beberapa laman yang aku miliki seperti blog ini.

So... pada masa menulis blog ini juga aku mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa kami sekeluarga tidak lagi tinggal di rumah sewa tuan haji Ahmad di Batu 10 Gombak. Kami kini tinggal di kuarters guru batu 8, bersebelahan dengan International Islamic School (IIS).

Perpindahan yang memakan masa selama sebulan untuk dibereskan, yang dibuat sedikit demi sedikit, dengan keadaan barang yang banyak, nak kemas, susun, bersih, reject itu dan ini, menyebabkan aku sangat letih sekali gus tidak sempat mengemaskini blog ini. Azam untuk membaca buku setiap hari pun terganggu.

Kini, setelah selesai (walaupun ada beberapa hal kecil lagi yang belum benar-benar beres) aku harapkan aku dapat istiqamah untuk membaca buku dan novel setiap hari. Dan daripada semua itu aku akan lebih releks untuk mengisi blog ini dengan idea-idea atau maklumat yang segar dan baru.

Akhir kata... Selamat berhari minggu. Wassalam...

3 comments:

nikmisyamustapha said...

assalamualaikum... saya nak tanya pasal kuarters guru sg pusu ni. isteri saya baru ditukarkan ke gombak dan bercadang untuk tinggl di kuarters guru. ada banyak kekosongan lagi tak di sana? Nik.

Azmir Abdul Aziz said...

aslkm...sy ingin bertanya sama seperti dengan en nikmisyamustapha. masih ada kosong lagi kuarters?

Fia said...

Assalamualaikum.
Sy jg ingin bertanya soalan y sama. Kuarters guru di situ ada lg kkosongan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...