Catatan Perjalanan
Kg. Habu, Cameron Highland 2001
Bhg. 2
Kereta api
Mesyuarat telah membahagikan peserta-peserta dan kg. Masing-masing. Kg. Susu diketuai oleh Along (Presiden). Kg. Tiji dipimpin oleh Zeli (ketua biro Pendidikan). Kg. Habu pula diketuai oleh Mohd. Anis (ketua Biro Dakwah).
Satu sesi taklimat tentang perjalanan program diadakan kepada semua peserta sebagai panduan umum semasa masuk kampong. Peluang pertemuan ini juga digunakan untuk membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Dalam sesi inilah peserta diberi tugasan dan peranan dalam kumpulan. Kesempatan inilah juga dimanfaatkan untuk berkenalan.
"Ana akhukum Fillah… nama saya Mohd. Nazri Hassan, kawan-kawan panggil Zek, IRK, tahun satu, bukak semesta depan kalau lulus semua masuk tahun 2.", Zek perkenalkan diri. Sahabat aku ni seorang yang periang dan baik budi. Sebab tu ramai peminat. Pemuda harapan pemudi ler katakan… (Ya Ampunnn… Jangan marah aku Zek).
Lepas sorang demi sorang perkenalkan diri, barulah kami memulakan perbincangan sedikit sebanyak. Orang lama memberi tunjuk ajar. Orang baru hanya ternganga mendengar. Orang seperti aku… heh, sedang menikmati setiap detik bersama itu, yang aku sedari ianya akan menjadi kenangan indah dalam hidupku.
"Satu yang kita kena ingat, bila masuk kampong, pertama sekali perlu jumpa Tok Batin dulu. Cerita kat dia serba ringkas. Kalau dia terima, mudah la kerja kita seterusnya. Kalau tak, pujuk la dengan apa cara… buatlah dengan berhikmah". Terang Abang Ardi kepada semua.
"Lagi satu jangan mudah berjanji dengan orang asli, kalau janji tu agak susah kita nak tunaikan baik tak payah. Sebab orang Asli ni akan ingat sampai bila-bila," Tambahnya lagi.
Kebanyakkan ahli COMRADE pada masa ini didominasi oleh pelajar dari kuliah IRKHS (IRK/BARB/HS) . Ini tidak bermakna tiada pelajar dari kuliah lain. Tapi jarang-jarang. Zeli selaku senior COMRADE dari kuliah HS telah membawa ramai pelajar-pelajar HS untuk menyertai Program Masuk Kampung kali ini. Manakala pelajar-pelajar BARB dan IRK pula ramai dari kalangan kawan-kawan Along. Dan misi kali ini boleh dikatakan disertai bukan ahli lebih ramai dari ahli COMRADE. Okey lah… macam meriah je… Cuma masalah sikit sekarang ni ialah pengangkutan. Dua buah lori dan dua buah Leroba (land rover) tidak cukup untuk membawa seramai lebih 60 pelajar dengan barang-barang ke destinasi kami- Cameron Highland .
Mesyuarat sebulat suara memutuskan sebahagian pelajar mesti menggunakan pengangkutan kereta api dari KL ke Tapah. Dan dari Tapah mereka perlu guna bas pulak untuk sampai ke Tanah Rata Cameron Highland . Zeli juga lah yang jadi ketua untuk bawa peserta-peserta naik keta api. Mereka akan sampai kat tapah sebelum subuh, so… kena tidur ler dulu kat stesen Tapah sebelum bas pertama bergerak ke Cameron, lebih kurang pukul 7 pagi.
Sebahagian pelajar lagi… apa lagi kalau bukan naik lori keramat abg. Zahar dan leroba abg Zukri… satu lori lagi untuk muat barang-barang. Aku antara mereka yang naik leroba. Sesungguhnya dua orang pemandu ni masing-masing mempunyai karektor yang banyak membantu COMRADE semenjak zaman Abg. Anas lagi. Mereka berdua ni participate secara langsung bersama-sama menjayakan misi. Abg. Zukri selalu guide dalam bab masak-memasak. Malah ketika masuk kg. kampung Husin, dia la yang masak gulai kijang hasil buruan orang asli. Dia juga yang selalu bancuh Nescafe buat kami semua. Abang Zahar pulak… seorang yang cool… macho (lebih macho dari orang asli kiranya) dan suka sembang (sembang yang ada faedah). Banyak juga kenangan aku bersamanya, antaranya… masa kat Husin dulu kami keluar dengan lori Abang Zahar cari kayu api kat satu kebun getah untuk buat kenduri. Kami yang hero-hero ni masuk kebun getah ambik batang dan dahan kayu yang dah mati. Kiranya okey ler… sambil-sambil ambik kayu boleh le bersihkan kebun getah tu sekali. Ntah kebun getah siapa pun aku tak tahu. Abang Zahar tunggu kat lori dia sambil tengok-tengokkan kami… tiba-tiba… datang sorang pak cik ntah dari mana. Dari jauh dia meluru ke arah Abang Zahar dengan sebilah parang kat tangan kanan dan sebatang kayu di tangan kiri lagak macam geram nak pukul abang Zahar. Terkejut besar Abang Zahar…
"Pak cik, sabar pak cik …!!!", jerit Abang Zahar .
"Sabar Pak cik…!!!", jeritnya berkali-kali.
Kami dari jauh tergamam melihat keadaan itu. Setelah pak cik tu dekat dengan Abang Zahar… Abang Zahar dah ready… Ready nak lari!… rupa-rupanya pak cik tu kejar kambing yang masuk kebun dia. Takut punya pasal tak perasan pak cik tu lari dengan kambing tadi. Lepas tu kami gelak punya la kuat.
"HA…HA…HA…!!!", Bergema satu kebun getah… Abang Zahar pun gelak sama. Suspense betul. Gelak itu bersambung-sambung sampai la kami balik ke Kg. Husin.
"Ceh… aku ingatkan tuan kebun getah, ingat dia marah kita ambik kayu dia… rupa-rupanya orang gila…", komen Abang Zahar.
Peristiwa itu buat aku tersenyum bila terjumpa dengan Abang Zahar. Ayat standard dia bila jumpa aku, "kau bila nak datang rumah aku, nak tunggu aku mati dulu ke baru nak ziarah…". Rasa kesal juga di hati kerana belum sempat aku berkunjung ke rumah dia. Hanya ketika dia masih tinggal dekat kuarters Batu 12 je aku pernah berkunjung di hari raya tidak lama dahulu. InsyaAllah free-free nanti sampai la aku sekeluarga ke rumah dia. (Sedikit selingan je nih!)
Hari yang ditunggu telah tiba. Semua pelajar berkumpul kat bangunan kuliah Econ petang itu. Aku menyertai pelajar-pelajar lelaki yang sibuk mengangkat barang-barang masuk lori. Beras, susu dalam tin, sardin, gula, serbuk teh, kopi, Nescafe, biskut disediakan oleh JHEOA. Bekalan makanan kali ni agak banyak. Alhamdulillah, kami selalu dapat support dari JOA. Selain untuk makanan kami semua selama berada di sana, bekalan ini juga adalah untuk bantuan kepada orang asli termasuklah untuk buat kenduri yang biasanya dibuat pada hari akhir. Bekalan makanan berupa sardin, susu, gula dan lain-lain itu banyak membantu misi kami. Korang tahu saja la apa orang asli suka. Sanggup berebut-rebut semata-mata nak dapat ikan kurung masak gulai, telur goreng hancur-hancur time buat kenduri (ikan kurung adalah panggilan orang asli untuk sardin dalam tin). Hal ini terjadi kepada orang asli yang tinggal kat pendalaman je. Orang asli kat batu 12 Gombak tak termasuk ler…
ehhh dah panjang sangat dah nih, bersambung lagi lah…!
2 comments:
slm untuk wan...
seronok baca tulisan tentang prog Comrade kat kg org asli ni. teringat zaman belajar kat UIA dulu. saya dulu budak BENL. sebab kenal ngan Along, dia ajak sekali. tapi xperasan la pulak wan ada sekali ke tak.
btw, nak tnya ni, Along sekarang kat mana ya? dah abis study ni, terputus hubungan la. Dia dulu Presiden yg bagus; sentiasa ceria & peka permasalahan anak2 buah dia..kirimkan salam saya untuk dia ya.TK!
Salam, terima kasih. Along jadi ustaz kat pekan. tapi nombor contact dia tak ada dengan saya. ni email dia uwais1521@gmail.com
Post a Comment