Tuesday 19 April 2011

Budi Bahasa

Ini cerita mengenai seorang doktor yang agak kurang hajar dengan pesakit. Sifat seorang yang bertugas sebagai pengubat kepada pesakit tidak langsung diamalkan oleh beliau.

Cerita ini berlaku pada minggu lepas ketika ummi saya yang mengalami simptom darah tinggi berkunjung ke klinik beliau untuk mengukur tahap tekanan darah dalam badan. Setelah tiba di klinik ummi terus dipanggil untuk di'check up'. Ujian ini perlu dilakukan 2 hari sekali setelah mendapat nasihat doktor untuk menilai keberkesanan ubat yang diberikan pada seminggu sebelum itu.

Layanan baik yang sepatutnya diberikan oleh seorang doktor kepada pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi bertukar kepada tragedi yang amat perit untuk diterima.

Pertanyaan pertama ialah "kenapa datang sini?"

Adik saya menjawab "baru ni mak saya check up dekat Gombak, sekarang mak datang rumah kakak saya dekat sini (sungai besi)"

Dengan suara yang menyindir doktor itu berkata "kenapa... takde rumah ke".

Ummi dan adik agak terkejut dan terdiam.

Ummi lantas memberanikan diri dan menyuarakan hasrat untuk mendapatkan ubat tidur kerana tidak dapat lena yang menjadi punca darah naik.

Doktor menjawab "kenapa tak dapat tidur, bela hantu ke?!"

sekali lagi terkejut.

"lain kali suruh mak awak ni jalan-jalan sikit, naik turun tangga, buat kerja baru boleh tidur... tak payah ubat tidur", Doktor itu membebel... agak serius.

Ternyata doktor ini tiada budi bahasa... kalau saya datang sekali masa ini... entahlah.

Dan dengan layanan doktor sebegitu... darah ummi naik lagi, tak turun pun. Terpaksa makan ubat untuk sekian kalinya...

moralnya... agak-agak boleh direnungkan sejenak sikap segelintir orang kita.

wallahu a'lam!

2 comments:

Anonymous said...

orang mcm ni... klau kena pada sy.. memang la sy bidas balik percakapannya... knp, ingat bila kita nak pergi dapatkan rawatan, kita kena terima apa saja penghinaan ke... teruk betul...masih ada lagi org mcm ni kat muka bumi ni.. tak tau ke, kita ni nak idup sekejap je kat sini... ckp la perkara yg menyenangkan hati... hmmm... apapun, semoga ummi makin sembuh. insya Allah. kepada konon2 doktor tu... selamat menjalani kehidupan.. "hidup ibarat roda..semoga anda berada di bawah ketika roda kemek.takde angin.." grrr... geram...

Wan Hisyam said...

tulah pasai... kenapalah masih ada orang sebegini... anyway thank you!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...