Sahabat-sahabat, beramanahlah dalam melakukan tugas-tugas. Apalah makna beramal, bekerja tanpa amanah sedangkan pekerjaan kita ini dilakukan untuk mencari redha Allah.
Kalaupun tidak sedar bahawa perkara yang diamanahkan itu melibatkan harta awam, bukan hak milik kita... kita perlu ingat bahawa kita mesti amanah dengan jasad dan ruh yang Allah pinjamkan. Takkanlah kita nak lihat tubuh dan badan kita musnah dijilat api neraka kerana kita tidak beramanah.
Cubalah contohi Rasulullah S.A.W., manusia yang paling dekat dengan kita, yang paling mempengaruhi kita dalam kehidupan ini, mana ada lagi contoh terbaik kalau bukan Baginda S.A.W.. Lihatlah bagaimana baginda amanah dalam menguruskan perniagaan Siti Khadijah. Baginda begitu amanah dan disebabkan amanahnya itu baginda digelar 'al-amin' (yang beramanah).
Betapa tinggi nilai etika yang ditunjukkan oleh baginda sehingga pecah tradisi arab apabila Siti Khadijah, seorang wanita meminang seorang lelaki. Ini bukan suatu galakan supaya wanita meminang lelaki tetapi adalah galakan supaya lelaki menjadi sebaik Muhammad S.A.W. yang akhlaknya menjadi pesona wanita yang menginginkan perlindungan dan pembelaan. Mana mungkin seorang lelaki yang tidak amanah boleh menjaga dengan baik seorang wanita yang serba lemah. Tentu sekali tidak. Kalaupun tidak diabaikan, diapa-apakan isterinya tentu sekali dia akan mewariskan zuriat yang tidak amanah juga. Na'uzubillahi min zalik.
Oleh itu, sahabat-sahabat, lakukanlah pekerjaan dengan penuh kesedaran bahawa Allah melihat semuanya. Usah dikelentong. Atas dunia terlepas, akhirat belum tentu. Allah tetap mengira walau sekecil mana pengkhianatan terhadap tugas. So... beramanahlah... semoga diberkati!
2 comments:
Slot pagi di Radio IKIM pernah membicarakan bab amanah baru-baru ini. Antara yang diutarakan ialah sifat amanah perlu ada pada setiap dari kita. Kita perlu amanah dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara dan mencakupi ruang lingkup yang luas.
yahhhh betul...
Post a Comment