Monday 16 May 2011

Berhati-hati ketika Menulis

Tak nak menulis sesuatu yang sia-sia dan tidak bermanfaat serta sangat berhati-hati kadang-kadang menjadikan aku kurang produktif. dua tiga menjak ini aku lebih kepada meneliti blog-blog dan trend penulisan bloggers. Ada yang sangat baik pengisiannya, ada yang kurang dan banyak yang biasa-biasa. Bukan senang. Aku tidak boleh bersahaja dalam memilih tema dan kata-kata. Aku juga bukan orang yang suka meniru-niru gaya dan trend penulisan orang. Malah aku lebih senang membiarkan diri ini hanyut dalam arus deras pemikiran sendiri.


Biasanya... aku mengumpulkan dulu maklumat yang nak ditulis. mungkin berhari-hari lamanya dan mungkin tak sampai lima minit... maklumat itu datang mencurah-curah macam hujan. Nikmat Allah semua itu. Aku syukur sekali. Ketika aku nak menceritakan sesuatu yang sukar dan agak teknikal mungkin penulisan menjadi berat menyebabkan penulisan tertangguh beberapa hari.

Begitulah adanya... Bukan senang dan tidaklah sesukar mana. Namun semua perkara perlu mengambilkira kesan selepas penulisan. Aku akan mengelak fitnah atau menjadi punca fitnah, mengelak memberi maklumat salah, memalukan, mengelirukan, memudharatkan dan lain-lain... tapi paling besar mengelakkan dari masuk neraka atau menyebabkan masuk neraka...

Hati aku berkata... tak glemor pun tak pe, takde orang komen pun takpe, orang tak ramai tengok pun jugak tak apa, takde upah iklan pun takpe lah asalkan aku puas menulis. Menulis dengan puas itu sangat memuaskan.

InsyaAllah... rancangan terbaru aku akan menulis sesuatu yang bermanfaat kerana sesuatu itu dinilai dari manfaatnya... wallahu a'lam...

3 comments:

Cikgu Art said...

Teruskan usaha murni anda tanpa terikut2 dengan cara blogers yang lain...Tahniah..isi blog anda membantu saya dalam menyelesaikan permasalahan yang saya hadapi. terima kasih.... Salam perkenalan. (tantarys@yahoo.com) Ckg Azahar

Cik Matahariku said...

setuju. menulis dengan penuh kepuasan akan dapat memuaskan diri sendiri-paling penting ilmu yang dimanfaatkan-

Wan Hisyam said...

alamak... saya tak tengok komen... sori2... salam perkenalan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...