Thursday, 18 September 2014

Bangga...


Bangga dengan anak melayu ini yang telah menghidupkan semangat jihad di kalangan orang melayu islam sehingga terkorban syahid insyaAllah. Sesungguhnya dia telah memberi contoh terbaik di kalangan orang melayu masih ada semangat jihad yang dituntut oleh islam setelah ramai merasa aman berada di bumi bertuah ini.

Semangat jihad ini sepatutnya sangat dekat dengan jiwa setiap muslim bagi memastikan umat kita tidak mudah diratah dan ditindas. kita mempunyai semangat kental untuk berjuang untuk menegakkan kebenaran.

Aku bangga sebab dia berani dan dia adalah anak melayu. wahai orang-orang kafir... kami akan bangun seperti dia jika kamu menindas kami. anak melayu akan bangkit seperti dia. kami bukan bangsa penakut.





Wednesday, 17 September 2014

Program Di Pulau Tuba


Alhamdulillah, program tuisyen upsr di pulau tuba langkawi selesai sesi terakhir pada 5 September 2014 yang lalu setelah para guru dan pelajar bertungkus lumus mengajar dan belajar sepanjang 10 sesi bermula Mei yang lalu. 

Diharapkan kepada semua adik-adik kita ini seramai 59 orang dari tiga buah sekolah rendah yang berada di pulau tuba langkawi ini berjaya di dalam peperiksaan upsr.

Program ini adalah sebahagian program perkasa komuniti yang dikendalikan oleh YaPEIM dan Pemangkin bagi memastikan para pelajar yang berada jauh dari kemudahan dapat meningkat dan berjaya sekali gus menjadikan masyarakat sekitar ini dapat meningkatkan sosio ekonomi mereka pada masa akan datang.

InsyaAllah, program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan diperluaskan di tempat-tempat yang lain yang lebih memerlukan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutama para guru yang mengajar, guru-guru sekolah sk lubok chempedak, sk tuba dan sk selat bagan nyior, ppd langkawi, jabatan pendidikan negeri, pky langkawi dan semua yang terlibat.

Semoga Allah memberi berkat atas usaha yang telah ditunjukkan. Usaha ini adalah ibadah dan perjuangan bersama. InsyaAllah... wallahu a'lam.

Monday, 15 September 2014

Sakitnya Dihina

Hati berbicara... alangkah hinanya diri ini demikian dimaki dan dicerca. Kata-kata itu sangat bisa. Walau hanya suara tapi ia bisa menusuk ke dalam jantung.

Rasa diri ini kerdil. Jika di hadapan manusia kita dipandang hina kita dah rasa diri ini sangat daif dan malu apatah lagi jika di depan sekelian manusia kita dimalukan oleh surat amalan kita yang sangat aib perlakuan kita di dunia ini.

Allah menyebut dalam al-Quran "walaqad karramna bani aadam" sesungguhnya kami muliakan anak Adam. Allah dan malaikat memuliakan manusia. Maka sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya menghina, mencerca dan menghalau dengan kasar. Jika ini berlaku maka dia telah mengambil hak-hak kemanusiaan. Apatah lagi jika diperlakukan kepada pemimpin atau orang yang lebih tinggi kedudukannya dari kita dari segi status sosial dan keagamaan.

Ya... Allah jauhi aku dari akhlak yang tidak baik. Akhlak adalah cerminan hati. Hanya hati yang bersih sejahtera sahaja akan selamat di Akhirat. Allah berfirman "yauma la yanfa'u malun wala banun illa man atallahu bi qalbin saliim". Hanya hati yang baik sahaja bermanfaat di kala itu. Keangkuhan akan meletakkan kita di neraka. Nabi bersabda, maksudnya "tidak akan masuk syurga orang yang ada dalam hatinya sebesar biji sawi 'al-kibr' sifat angkuh". Sangat tidak baik jika mengasari orang lain dan menganggap apa yang kita lakukan adalah betul sedangkan belum tentu ada betulnya.

Di dunia ini kita tidak dapat memberi hujah yang baik untuk menenangkan orang yang tidak setuju dengan apa yang dia inginkan. Walau hujah dari Quran dan Sunnah pun belum tentu boleh mendamaikan hati. Sudah tidak mampu berkata-kata hanya diam sahaja sambil hati memohon agar Allah beri kekuatan untuk sampai pada destinasi.

Allah itu adil... tidak hari ini Dia mengadili mungkin di hari kemudian. Semoga kita berada dalam lindungan Dia selalu. Jauhi rasa kecewa walau dikhianati kerana kekecewaan itu melemahkan ibadah kepada Allah dan membuat andaian yang tidak baik terhadap Allah. Baik tanam dalam hati dengan kasih sayang pada semua, kepada yang baik pada kita dan kepada yang melukakan hati kita. Kerana perasaan sayang itu akan menjadi pengukur pada hati. Wallahu a'lam...

Selamat hari malaysia

gambar dari pulau perhentian...

Hasbunallahu wani'mal wakil

Serah segala-galanya pada Allah. Dialah tempat bergantung orang yang tiada harapan. Dia puncak segala hikmah. Ketika tiada lagi ketabahan dan daya diri berserah hanya padaNya.
Sekiranya Dia menghendaki kebaikan maka kita akan memiliki kebaikan yang akan diberikan ini serta berbahagialah. Sekiranya Dia menghendaki keburukan maka kita juga memiliki kebaikan kerana semuanya Dia beri untuk makhluknya tidak ada yang buruk kecuali yang baik-baik walaupun pada kaca mata manusia semua itu buruk. Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia!
Demikian pelajaran bagi diri. Semua Allah atur dan aturan Allah itu sangat baik berbanding aturan diri. Tawakkal 'alallah 'ala kulli syai'. Biarkan jiwa tenang dibadai ujian kerana pantai itu tempat tenang walau dipukul ombak sentiasa dikunjungi ramai. Biar diri diratah dikunyah kerana yang dikunyah dan diratah itu daging yang sangat baik disembelih dengan nama Allah.
Relakan diri dan reda dengan ragam dunia. Tidak boleh kita lari dari keterpaksaan walaupun pada ketaatan yang menjadi amanah Tuhan tetap sebuah amanah. Tidak harus lemah lembik layu lesu menghadapi badai ombak ujian kerana yang lemah itu akan dihakis ombak dan tidak berupa tidak berupaya lagi.
Sediakan sebuah daerah ketabahan isi penduduknya menagih keredaan. Bertongkat merangkak menuju lurah keutuhan. Puncak lurah itu subur dek tanah yang tidak tandus lagi. Air mengalir biar berliku tetapi jernih bersih... bisa diminum dan disirami hati-hati yang duka... menjelma menjadi kuat dan gagah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...