Wednesday 17 September 2014

Program Di Pulau Tuba


Alhamdulillah, program tuisyen upsr di pulau tuba langkawi selesai sesi terakhir pada 5 September 2014 yang lalu setelah para guru dan pelajar bertungkus lumus mengajar dan belajar sepanjang 10 sesi bermula Mei yang lalu. 

Diharapkan kepada semua adik-adik kita ini seramai 59 orang dari tiga buah sekolah rendah yang berada di pulau tuba langkawi ini berjaya di dalam peperiksaan upsr.

Program ini adalah sebahagian program perkasa komuniti yang dikendalikan oleh YaPEIM dan Pemangkin bagi memastikan para pelajar yang berada jauh dari kemudahan dapat meningkat dan berjaya sekali gus menjadikan masyarakat sekitar ini dapat meningkatkan sosio ekonomi mereka pada masa akan datang.

InsyaAllah, program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan diperluaskan di tempat-tempat yang lain yang lebih memerlukan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutama para guru yang mengajar, guru-guru sekolah sk lubok chempedak, sk tuba dan sk selat bagan nyior, ppd langkawi, jabatan pendidikan negeri, pky langkawi dan semua yang terlibat.

Semoga Allah memberi berkat atas usaha yang telah ditunjukkan. Usaha ini adalah ibadah dan perjuangan bersama. InsyaAllah... wallahu a'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...