Thursday, 13 August 2015
Biarlah...
Biarlah mentari bersinar di celah pepohonan
Redup itu dirasai dan dicemburui
Walau mentari dibenci
Tetapi redup itu takkan muncul di malam hari
Biarlah berjalan bertatih terjatuh
Mengharap tangan dihulur menuntun
Membina mercu keindahan
Namun meracau segenap langkah yg diaturkan
Biarlah setinggi mana mahu terbang
Engkau tetap hanya serangga
Bukan helang dan bukan bintang
Besok kembali ke tanah menyembah Tuhan
Biarlah kita bermain-main dulu
Sebelum engkau mengerti
Aku sedang tersenyum melihat telatah
Bersungguh benar hasrat kepeninganmu
Biarlah kau tahu tarafmu
Lambat laun kau tahu juga
Bukan di dunia mungkin
Tapi akhirat pasti
Biarlah ku bersabar duhai kesabaran
Takkan ke mana layang-layang terjatuh
Mungkin di hujung sana... hujung sawah
Selagi tali di genggaman pasti akan jumpa
Biarlah semua berlalu
Sabarlah atas apa yg menimpamu
Usah dibalasi kejahatan dikenakan padamu
Hanya untuk puaskan hatimu
Biarlah Allah melihat semuanya
Keaiban yang dipamerkan
Tak perlu dibalas dengan keaiban
Hanya untuk meraih simpati
Wan Norhisyam - 1 Julai 2015

Wednesday, 5 August 2015
Lisan-lisan yang baik dari Muslim yang baik
Ramai di kalangan manusia zaman sekarang sukar menjaga lisannya ketika berbicara. Membicarakan apa sahaja tanpa mereka melihat kesan dari kata-katanya yang keluar dari lisannya itu. Akibatnya banyak berlaku percakaran, pertelingkahan, dendam dan perkara-perkara negatif yang lain.
Sesungguhnya manusia tidak mahu disakiti tetapi sikap yang sepatutnya tidak mereka sukai itu mereka lakukan kepada orang lain. Ini adalah sebuah ketidakadilan dalam bermasyarakat dan berhubungan dengan sesama insan. Sering kali manusia tidak perhatikan dirinya sendiri menyebabkan mereka lebih mementingkan diri sendiri dari orang lain. Pemimpin kita, Nabi Muhammad SAW telah menyatakan bahawa; "tidak beriman seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya lebih dari mencintai dirinya sendiri". Maka keadilan yang sebenarnya adalah bila mereka mencintai saudaranya, memberikan hak-hak ke atasa saudaranya sebagai mana dia mengasihi dirinya sendiri.
Memelihara lisan memang susah jika tidak dijinakkan dengan iman dan takwa serta sifat ikhlas kepada Allah swt. seumpama susahnya menjaga binatang peliharaan yang ganas. Jika binatang itu dilepaskan sahaja tanpa kawalan maka sudah tentu akan memudharatkan kepada orang ramai. Seharusnya lisan itu dirantai, dikurung, ditarbiyah, diberi latihan supaya lebih jinak dengan tuannya.
Nabi Muhammad SAW berpesan; "berkata baik atau diam sahaja". Pesanan ini merupakan kawalan terhadap lisan yang liar yang mampu menerjah jantung pendengar. Tuan kepada lisan ini sangat hebat sekiranya dia mampu mendiamkan binatang peliharaan itu ketika binatang itu dalam keadaan marah.
Sewajarnya, lisan digunakan dengan baik demi kebaikan umum sesuai dengan Agama Islam yang dianuti sebagai agama yang memberi rahmat ke seluruh alam. Rahmat diertikan sebagai kasih sayang dari Allah. Manusia juga boleh memberi rahmat dari Tuhan kepada manusia lain melalui kasih sayang. Perasaan kasih dan sayang itu merupakan rahmat dari Allah. Ketika Nabi Muhammad SAW menangisi kematian cucunya, baginda menyatakan tangisan itu adalah rahmat kasih sayang insani. Jika kasih sayang dijadikan sandaran untuk bergaul sesama manusia maka dunia akan dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan. Tidak ada perkataan yang diucapkan melainkan dengan cara yang berhemah, maaf-maafi, puji-pujian dan dipenuhi dengan nasihat serta doa-doa.

Subscribe to:
Posts (Atom)