Monday 18 January 2016

Tidak Percaya Pada Orang Lain

Zaman ini adalah zaman orang tidak percaya lagi pada orang lain. Tidak menghormati orang lain. Tidak perlukan orang lain. Mereka lebih suka percaya diri sendiri dan lebih suka melakukan semua kerja sendiri-sendiri. Mereka lebih suka mendapat perhatian orang lain.

Orang zaman ini tidak percaya pada wartawan dan mereka lebih suka menjadi wartawan sendiri. Mereka suka melaporkan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka dan sebarkannya kepada orang lain. Walaupun tidak menepati ciri-ciri kewartawanan dan etika laporan yang betul tetapi semua itu tidak penting asalkan mereka menjadi juara atas kepelikan dan kecepatan sesuatu laporan itu dibuat. Jika ramai yang 'like' maka itu memberi kepuasan kepada mereka. Jumlah 'like' memberi tanda aras bahawa kerja mereka punyai kualiti dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Begitu juga sekarang, orang ramai tidak suka lagi mendengar nyanyian penyanyi yang terkemuka. Mereka lebih suka menyanyi sendiri untuk diri sendiri dan cuba menarik perhatian orang dengan nyanyian mereka. Makin pelik nyanyian itu maka makin ramai yang menyukainya. Lagu sudah tidak dinilai pada keseniannya tetapi pada tahap kepelikan dan anehan yang terdapat pada penyampaiannya.

Zaman ini juga menyaksikan ramai yang nak jadi pelakon dengan merakamkan lakonan sendiri yang aneh dan pelik lalu disebarkan ke internet sehingga menggemparkan seluruh dunia. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada seniman dan biduan. Mereka lebih suka menonjolkan diri pada kadar yang besar lebih besar dari artis-artis yang ada. Malah ada yang bergelar raja parodi.

Kita telah mendatangi zaman yang pelik yang mana manusia sudah tidak perlukan manusia kerana semua manusia ingin melakukan sendiri-sendiri. Maka kebimbangan hal ini terjadi kepada Agama kita (Islam). Ramai sudah yang tidak memerlukan guru untuk belajar tetapi menjadi pandai hanya belajar sendiri-sendiri. Takut-takut yang dia belajar sendiri-sendiri itu tidak sama dengan yang sebenar seperti apa yang berlaku kepada lagu yang tiada seni, seperti kewartawanan yang tiada etika...

Nampaknya ulama dan bijak pandai Islam tidak harus menangani hal ini sendiri-sendiri. Bersendirian sangatlah tidak kukuh dan hanya mengundang serigala yang akan membaham mangsa seperti kita. Harus sekali lagi kita korbankan diri untuk menghadiri jemaah islami yang lebih dekat dengan sunnah.

1 comment:

Aku benci mu said...

Woi setan....ko belajar agama tinggi konon ada ilmu agama tinggi, konon nak jadi contoh bagi ilmu pada orang lain, tak payah nak cakap pasal agama, sedarlah bahawa kau kawin 2 aniaya isteri dan anak2 tak diperlihara sudahlah hidup kau tak akan tenteram sebab kau penipu besar dan ustaz munafik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...