Friday 11 December 2015

Nilai Kosong

Pada asasnya nombor kosong itu tidak ada nilai. Berbanding dengan nombor nombor lain seperti 1, 2 atau 3. Tetapi nilai kosong boleh menjadikan nombor lain lebih bernilai jika ia berdampingan dengannya. Jika diumpamakan nombor 1 adalah sebagai orang bijak dan nombor kosong adalah orang bodoh maka analisis ini akan jadi lebih menarik.

Sebagai contoh; apabila nombor kosong berada di belakang nombor satu maka bacaan terhadap nilai 1 sudah berubah kepada sepuluh.

10 ; kosong di belakang nombor 1

Maksudnya, orang bodoh yang berada di belakang orang bijak yang jadi pemimpinnya maka kedua-dua nombor dalam susunan ini menjadi lebih tinggi.

Tetapi jika nombor kosong berada di hadapan nombor 1 maka nilai satu itu tidak berubah sama sekali. Kita boleh katakan jika orang bodoh menjadi pemimpin maka kedua-dua nilai ini tidak berubah. Kosong hanyalah kosong dan satu hanya bernilai satu juga.

01 = 1

Tetapi jika kosong di hadapan dan satu di belakang dan di antara satu dan kosong itu mempunyai satu titik maka nilai satu sudah berubah menjadi lebih kecil iaitu hanya 10 peratus dari nilai asal 1. maksudnya, jika pemimpin yang bodoh melakukan kesilapan maka pengikut yang cerdik di belakangnya akan nampak lebih bodoh iaitu 10 peratus sahaja dari kecerdikannya yang asal.

0.1 = Nilai 1 lebih rendah

Begitulah kita boleh umpamakan nilai orang cerdik akan jatuh lebih rendah jika sentiasa mengikut pemimpin yang bodoh. Orang cerdik mesti berada di depan, bukan di belakang.


2 comments:

Aku benci mu said...

Kau yang otak kosong....pandai pulak nak mengira kosong dan satu....kau ada 2 bini...tak mampu tanggung isteri pertama dan anak 5 nak gatal kawin lagi....tak mampu nak tanggung isteri kedua janda anak 2 dan anak senderi pun tak mampu....takde akal punya manusia kau ni...bengap sungguh ustaz apa kau ni

Aku benci mu said...

Kau yang otak kosong....pandai pulak nak mengira kosong dan satu....kau ada 2 bini...tak mampu tanggung isteri pertama dan anak 5 nak gatal kawin lagi....tak mampu nak tanggung isteri kedua janda anak 2 dan anak senderi pun tak mampu....takde akal punya manusia kau ni...bengap sungguh ustaz apa kau ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...