Selepas Nabi Musa a.s. dan Kaumnya melepasi Laut Merah yang terbelah dengan izin Allah SWT melalui mukjizat tongkat nabiNya, Allah SWT memerintahkan supaya mereka memasuki negeri Suria. Mereka harus berperang dengan orang-orang negeri tersebut. Allah SWT telah menjanjikan pertolongan sebagaimana Allah SWT menolong mereka dari ancaman Firaun.
Namun, Kaum Nabi Musa a.s. tidak mahu berperang, mereka berkata, "pergilah engkau dengan Tuhan engkau berperang, kami akan tunggu di sini". Mereka tiada cita-cita untuk berubah dan tiada fighting spirit. Sifat kehambaan masih kuat terikat dalam naluri mereka setelah entah berapa lama dan berapa keturunan sebagai hamba Firaun.
Walaupun mereka telah dimerdekakan oleh Nabi musa a.s., jiwa kehambaan itu masih ada dan agak sukar dirobah. Tongkat yang tadinya boleh membelah laut sehingga mereka dimerdekakan dari cengkaman Firaun, kini tongkat yang sama tidak boleh membelah dan memisahkan jiwa kehambaan. Akhirnya, Nabi Musa a.s. terpaksa menunggu generasi seterusnya untuk membina kekuatan. Generasi yang ada ini tidak boleh dipakai... kerana jiwa mereka sudah dilemahkan oleh sistem perhambaan yang mereka alami.
Thursday, 21 February 2008
Wednesday, 20 February 2008
Apa Panduan Hidupmu...?
Apa panduan hidupmu?
Buku sejarah dan pengajarannya?
Buku Falsafah dan pengertiannya
Kitab kuno atau internet?
Tulisan Aristotle, Plato? Atau Peter Drucker?
Panduanku al-Quran...
Apa tujuan hidupmu?
Duit, harta yang berjuta-juta?
Kemegahan sebagai seorang kaya?
Seorang yang memegang kuasa?
Tak mau mati selama-lamanya?
Tapi tujuan hidupku adalah kematian yang diredha...
Siapa model ikutanmu?
Orang yang sekaya Bill Gate?
Pemimpin Barat keparat?
Yang bergaya Goerge Bush?
Yang popular penghibur-penghibur?
Ikutanku Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat.
Biarpun susah menyelak-nyelak helaian al-Quran
Biarpun payah mencari erti keredhaan
Biarpun disinis sebagai pengikut setia Nabi Muhammad SAW
Namun bukan susah Allah memberikan kebahagiaan
Namun bukan payah Allah memberikan keampunan
Allah akan menepati segala apa yang dijanjikan...
Monday, 18 February 2008
Bersama Angkasawan
16 Februari '08 yang lalu saya berada di Baling, Kedah atas sebab tugas kerja menyertai program Pameran Sains dan Pendidikan Baling anjuran YB Baling. Sempena dengan pameran sains tersebut, Angkasawan negara didatangkan bagi menemui penduduk Baling dan berkongsi pengalaman sebagai angkasawan.
Program tersebut sangat meriah dengan kehadiran yang luar biasa sehinggakan Dr. Syeikh Muszaphar Syukur terpaksa dikawal ketat oleh pasukan polis, anggota Rela dan pengawal peribadi.
Orang ramai setia menanti 3 jam lebih awal bagi menyaksikan kehadiran angkasawan pertama negara. setibanya Dr. Syeikh Muszaphar, orang ramai bertepuk tangan dan menjerit-jerit tidak henti-henti. Mereka berebut-rebut dan berasak-asak untuk bersalam dengan satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah sampai ke ISS ketika ini. Malah ketika Dr. Syeikh berucap pun orang ramai, para penonton dan penyokong yang terdiri dari anak-anak sekolah sehingga lah yang paling tua bersorak-sorak kegirangan. Mungkin diorang ni teruja sangat...
Dr. Syeikh menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi angkawan. Beliau bercerita bagaimana kehidupan seorang muslim di ISS serta kajian beliau.Orang ramai mendengarnya dengan penuh kekaguman. Termasuklah saya... kagum dengan pengalaman beliau... bangga dapat bertemu dengan beliau... dan yang paling penting saya bangga sebab beliau ghairah membakar semangat warganegara untuk lebih berusaha dan berjaya sepertimana manusia pertama ke angkasa, Yuri Gagarin membakar semangat warga Rusia.
Selepas menjawab semua soalan daripada penduduk Baling beliau menandatangan poskad-poskad untuk diedarkan kepada yang hadir terutama pelajar. Turut tidak ketinggalan, masa yang ada digunakan untuk mengabadikan kenangan bersama Dr. Syeikh dengan bergambar dan bersalaman dengan beliau. Dalam suasana berebut-rebut itu, beberapa pelajar pengsan. mungkin cuaca panas dan keadaan yang berebut-rebut dan terhimpit-himpit. Saya sendiri pun hampir jatuh.
Inilah antara pengalaman yang best.... So, kepada semua, bersemangatlahhhhhhh macam angkasawan negara, Dr. Syeikh Muszaphar Shukor!!!
(Bersama Angkasawan Negara di Seri Baling Inn...)

Thursday, 14 February 2008
Mantapkan Kasih Sayang Setiap Hari
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ajaran Rasulullah SAW. antaranya adalah mengenai ikatan kasih sayang antara manusia. Bukan sahaja kepada pasangan bahkan pengertian kasih sayang dalam Islam amat luas.
Bermula dengan kasihkan Allah. Yakni melakukan suruhanNya dengan ikhlas serta mengharapkan kasih sayangNya yang tidak terbatas. Sesungguhnya Allah SWT. mengasihi manusia lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya.
Nabi Muhammad SAW. mewajibkan setiap muslim mengasihi Baginda lebih dari mengasihi dirinya sendiri. Baginda SAW.
menafikan iman seseorang yang tidak mengasihi baginda sebagai mana yang dianjurkan. Abu Bakar As-Siddiq menyatakan kepada Rasulullah SAW. katanya: "aku mengasihi kamu sama seperti aku mengasihi diriku sendiri". Rasulullah SAW. berkata, "tidak, kamu belum beriman". Sahabatnya tadi lalu menegaskan,"aku mengasihi kamu lebih dari diriku sendiri". Jawab nabi SAW. "sekarang (kamu beriman)".
Kebiasaan manusia akan sanggup melakukan apa sahaja kehendak orang yang disayangi dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang atau yang menyinggung perasaan orang yang disayangi. Bukan kasih sayang namanya jika hanya mulut berbicara tapi tidak disusuli dengan pembuktian gerak kerja.
Begitulah halnya bila mulut mengucapkan 'tidak ada tuhan yang dipersembahkan segala amal kecuali Allah Azza Wajal dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah' mesti direalisasi melalui kerja-kerja yang disuruh dan meniggalkan segala yang dilarang. Permasalahan di sini timbul bila seorang muslim tidak tahu apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Oleh sebab itulah pula manusia disuruh bersungguh-sungguh menuntut ilmu, berfikir membuat kajian dan sebagainya untuk mengetahui syariah Allah dan Sunnatur Rasul.
Seorang muslim bersaudara dengan seorang muslim yang lain. Hukumnya wajib mengasihi saudara kita. Wajib mengasihi ibu, bapa serta berkhidmat kepada keduanya. Menyenangi hati mereka adalah keredhaan oleh Allah. Begitu juga mengasihi isteri, anak-anak dan selain mereka itu merupakan kewajipan. Namun di sini ada hukum fiqh yang timbul iaitu fiqh Aulawiyyah (priority). Siapa yang teratas sekali tingkatan kasih-sayang dan siapa yang paling bawah serta apakah urutannya. Puncak kasih mestilah kepada Allah dan RasulNya. Kemudian kepada ibu-bapa, Para ulama, kemudian barulah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
Dalam merealisasi kasih-sayang, yang perlu diingatkan ialah IradatiLlah (kehendak Allah). bukan kehendak diri sendiri atau kehendak orang yang disayangi. Tidak ada taat kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah SWT. Di sini lah kita perlu faham, apakah kehendak Allah dalam hidup berkeluarga contohnya. Jika Isteri yang dikasihi mengajak ke tempat maksiat adakah perlu diturutkan. Jika anak-anak mahu memakai pakaian yang seksi, adakah patut dibeli. patutkah menyediakan peralatan home theater bagi memuaskan hati anak-anak tapi tidak pula menyediakan pengajian Agama, pengetahuan secukupnya. patutkah seorang kekasih mengasihi kekasihnya dengan sepenuh hati tapi meninggalkan kekasih agongnya Allah Azza Wa Jall. yang menciptakannya dan yang menciptakan kekasihnya, yang memberi kehidupan dan petunjuk kepadanya.
Marilah sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan Agama Islam dari akar umbi. fahami lah al-Quran dan Assunnah serta mempraktiskan keduanya dalam kerja seharian. Semoga kita tidak sesat lagi dan mendapat kasih sayang sejati dari Allah SWT.

Wednesday, 13 February 2008
Pengurusan Tauhidik
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala pekerjaan atau perbuatan kita mestilah bersandarkan kepada syariah Islam. Di pejabat, di ladang, di rumah dan di mana-mana sekali pun Tuhan adalah yang sama. Uruslah pekerjaan kita dengan ajaran Quran dan Sunnah. Ini lah Tauhidik dalam Pengurusan. Sila lihat video ini...
Cabaran Masa Kini
Al-hamdulillah, Syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala di atas nikmat yang melimpah ruah sehingga tidak terhitung.
ingatkan susah sangat nak create satu laman blog, rupanya senang je. cuma cabarannya ialah pengisiannya. insyaAllah akan saya akan isikan ruangan ini dengan sebaik-baiknya dengan objektif mujahadah dan dakwah ke arah peninggian kalimah Allah.
saya juga mohon komen membina dari kalian. Yang salah mohon dibetulkan. Yang baik perlu ditambah infonya.
segala yang baik daripada Allah SWT. Dan segala kesilapan daripada sifat kemanusian diri sendiri. wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)