Ketika tertekan dengan ujian, tauhid akan memberi panduan bahawa semua yang berlaku hanya dengan izin Allah dan sudah pastinya Allah mengetahui yang terbaik. Meredhai kehendak (iradah) Allah adalah rukun iman yang wajib dipercayai.
Tidak perlu kesal dengan kekurangan diri kerana kekurangan diri
menyebabkan taraf mukallaf juga turut kurang seumpama mereka yang tidak
mempunyai kaki maka mereka tidak diwajibkan berdiri ketika solatnya
walaupun solat itu rukunnya berdiri. Jangan pula merasai berdosa kerana
tidak mampu berdiri ekoran tanpa kaki. Solat duduk juga sudah memadai.
Yang penting khusuk dan ikhlas kerana Allah.
Orang yang tidak mempunyai duit maka dia tidak perlu memberi sedekah berbentuk duit. Ada lagi sedekah dalam bentuk lain. Begitu juga jika seseorang mempunyai keuzuran-keuzuran yang lainnya. Maka kewajipan-kewajipan yang biasanya adalah wajib maka ia dimaafkan oleh syarak.
Apa yang kita belajar dari tauhid perlu dihayati. Jangan pula memaksa orang melakukan apa yang dia tidak boleh lakukan kerana keuzuran-keuzuran. Sedangkan keuzuran itu datang dari Yang Maha Pencipta. Jika Allah juga memaafkan atas sebab-sebab keuzuran maka siapalah kita untuk menentukan dan mengungkit-ungkit kewajipan yang terdapat keuzuran dan keterpaksaan.
Sebagai contoh yang lain, seorang doktor pakar perlu mengabaikan tanggungjawab pada keluarganya bila saja pesakit memerlukan. Askar juga perlu perjauhan dengan famili ketika berlaku perang fi sabilillah. Kewajipan akan berubah mengikut keadaan dan kedaruratan.
Daripada tauhid ini dapat kita nilai keutamaan (priority) tindakan yang dilakukan supaya apa yang kita lakukan selaras dengan hukum syarak.
Saya yakin ramai yang masih belum faham dan keliru walaupun ustaz-ustaz. Fiqhul Awlawiyyat yang berakar dari tauhid perlu difahami dengan betul dalam menentukan urutan seperangkat nilai yang sentiasa dihadapi dalam realiti kehidupan. Ketidakfahaman ini akan menyebabkan perselisihan dan ketidakseimbangan emosi ketika menghadapi kekurangan dan keuzuran.