Pada hari rabu lepas, 15 Jun 2011, aku pergi kerja seperti biasa. Selepas makan nasi berlauk ikan ayo yang aku beli dekat sebuah kedai makan selepas hantar Nadhirah ke Tadika Amal tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu sms dari Wan Maziah yang berbunyi "Abe se, mok nazak ni...". Dengan segera aku menghubungi nombor yang menghantar sms tadi.
"Ada apa Yah?" aku bertanya.
"Ma dah takde... Ma dah takde...", suara Wan Maziah yang menangis memberitahu.
Aku terdiam seketika. Talian terputus. Aku mengucap panjang.
Aku cuba menghubungi adik aku itu lagi selepas termenung seketika antara percaya dan tidak.
"Sakit apa Yah?"
"Ma sakit perut semalam, takleh tido semalam, pagi tadi tido meta, pagi ni pegi klinik, klinik dok buka, Ma nampak lain, letih, terus balik, tak sempat sampai rumah dah takde... meninggal dalam keta...". Wan Maziah memberitahu.
Talian terputus.
Aku terus menghubungi Abe Lan. Dia jugak terkejut dan berhasrat untuk terus balik kampung. Aku pula menghubungi isteri. Seakan menangis dan tak percaya dia menerima berita ini.
Maka, kami yang ada di bandaraya ini bergegas balik ke kampung bagi menyempurnakan penghormatan terakhir untuk nenek kami yang terakhir.
Dengan segala kudrat yang ada kami telah tiba di Lapangan terbang Tengku Ismail Petra dengan selamat. Seterusnya kami menuju ke kampung halaman. Al-hamdulillah, kami dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir. Aku sempat membantu urusan pemandian dan solat jenazah. Selepas itu, jenazah di bawa ke kuburan dan persemadian dilakukan dengan sempurna mengikut syariat dan adat.
Kesedihan menyelubungi kami sekeluarga di atas kehilangan seorang yang amat rapat dengan kami semua. Terbayang kembali segala kenangan bersama arwah. Walaupun wataknya adalah seorang yang agak sensitif namun kecaknaan atau kepeduliannya terhadap anak cucu tiada bandingan. Sakit demam anak cucu dialah yang ambil berat. Dialah tempat terakhir apabila terlalu sesak duit. Masak memasak pun dialah antara yang hebat. Antara masakan khas yang dia akan masak untuk aku ialah daging kunyit goreng. Manakala masakan tradisional ialah ketupat daun palas untuk hari raya, pulut kuning dan sebagainya.
Setelah dia tiada lagi di dunia fana ini maka, segalanya itu bagai dibawa pergi bersamanya. Kami meratapi pemergiannya dengan doa, bacaan yasin dan tahlil. Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.
Ajal maut di tangan Tuhan. Seminggu sebelum pemergiannya aku bersama anak dan isteri bercuti di kampung selama seminggu. Sempatlah kami bersamanya selama itu. Sempat kami membelikan buah kegemarannya- timun betik. Kami menyalaminya dan mencium tangannya buat kali terakhir pada hari kami balik ke Kuala Lumpur. Itulah saat perpisahan terakhir bagi kami. Tuhan lebih menyayanginya. Tinggallah kami anak cucu menghuni dunia ini tanpa kasih sayang seorangpun nenek kerana dialah nenek kami yang terakhir. Dan selagi hayat masih ada anak cucu ini akan sentiasa mengingatinya dan mengirimkan doa untuknya. Al-Fatihah.
Wednesday, 22 June 2011
Tuesday, 14 June 2011
Sekolah Pertamaku
Pulang ke kampung sempena cuti baru-baru ini aku sempat melawat sekolah pertamaku, Sekolah Rendah Ugama (Arab) Meheliah yang terletak di kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan. 1987 adalah tahun mula aku bersekolah di sini dan berakhir pada tahun 1990. Empat tahun sahaja aku berada di sekolah rendah dan pada 1991 aku sudah memasuki peralihan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting. Manakala 1997 pula adalah tahun terakhir aku bersekolah di SMU (A) Meheliah setelah tamat tingkatan 5 dan selesai menjalani SPM.
Sekolah Rendah Ugama (A) Meheliah kini tidak digunakan lagi. Kelihatan usang dan terabai. Rerumput tumbuh meliar. Dinding kayu bangunan sekolah ini sudah relai dan tunggu masa untuk roboh.
Sekolah ini tidak beroperasi mungkin kerana tidak ada tenaga pengajar atau tiada sambutan dari kalangan penduduk untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini berikutan tumbuh sekolah-sekolah pengajian Quran, jawi dan fardhu ain di sebelah petang selapas pengajian rasmi pelajar-pelajar di sekolah rendah kerajaan.
Namun bagi aku, sekolah pertamaku ini adalah merupakan tempat aku mengenal ABC alif ba ta 1-2-3 menulis dan melukis. Suasana dulu sungguh ceria dan penuh warna warni. Keriangan ada di mana-mana. Sentiasa indah untuk dikenang. Masih aku ingat lagi beberapa nama kawan-kawan yang sedarjah satu denganku iaitu Che Awang, Maskan, Azman, Che Adik, Che Kamal, Supiah, Siti Khazanah, asmak... yang lain dah lupa. Tidak mungkin aku lupa Sebaris nama-nama cikgu yang mengajar iaitu, cikgu Khadijah, cikgu Nor, cikgu Maryam, cikgu Habsah (cikgu Soh) dan ustaz Mad. Mereka inilah yang mengajar kami pelajaran awal seperti ilmu hisab, jawi, rumi, lukisan, fikah, tauhid, arab, inggeris dan lain-lain disamping pelajaran khat yang kadang-kadang diajar oleh arwah mudir sendiri.
Ini adalah beberapa gambar Sekolah Rendah Ugama Arab Meheliah yang sempat dirakam.
Bilik Darjah 2
Bilik darjah 3
Pokok kelapa

surau dan sekolah
Hampir roboh
Rerumput tumbuh meliar
Tidak digunakan lagi
Bilik Darjah 2
Bilik darjah 3
Pokok kelapa
Kolah surau
Gambar sekolah SMU (A) Meheliah, lihat slideshow di bawah;
Subscribe to:
Posts (Atom)