Sabar terbahagi kepada 3 bahagian;
IMAM al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin membahagikan sabar kepada 3 bahagian, iaitu:
1. SABAR MELAKUKAN KETAATAN
Istiqamah dalam perintah dan larangan Allah s.w.t. Firman-Nya di dalam
surah Luqman ayat 17 yang bermaksud, "Wahai anakku dirikanlah
sembahyang, suruhlah kepada kebaikan, tegahlah kemungkaran dan
bersabarlah atas apa yang menimpa kamu".
2. SABAR MELAWAN MAKSIAT
Berjuang menolak tarikan kejahatan melalui hawa nafsu dan godaan
syaitan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nazi'at, ay at 40-41 yang
bermaksud, "Sesiapa yang takut keagungan Tuhannya dan dia menahan hawa
nafsunya sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya".
3. SABAR MENGHADAPI MUSIBAH
Dunia sebagai tempat Allah s.w.t menguji Iman hamba-Nya dengan berbagai
bentuk musibah bagi membezakan yang berkualiti dengan tidak. Maksud
firman Allah s.w.t di dalam surah al-Ankabut ayat 1-2 yang bermaksud,
"Apakah manusia menyangka mereka dibiarkan mendakwa beriman sedangkan
mereka belum diuji (bagi membuktikan keimanan mereka)."
2 comments:
Woi...manusia perangai setan bertopengkan ustaz konon. Apa cakap pasal sabar kalau tak praktik dengan isteri dan anak. Sudahlah aku benci kau, aku nampak kau tentu aku terajang kau.
Woi...manusia perangai setan bertopengkan ustaz konon. Apa cakap pasal sabar kalau tak praktik dengan isteri dan anak. Sudahlah aku benci kau, aku nampak kau tentu aku terajang kau.
Post a Comment