Thursday, 17 February 2011

Muhammad Nabina



Mohamed Nabina Be Noro Atina
Men Makka 7abiby Noro Sata3 El Madina
We Sala Salato We T7ala Be Sefato
Ya Bakht Elly Fe Dello Mashy Yeshfa3lo Fe Mamato
x2

Ya Emamna Ya Ameen Ya Sanad Lel Muslemen
Ya 7abiby Ya Mohamed Ya Ebn 3abd Ellah

Tammet El Resalat Tamam Wel 7abib Mesk El Khetam
Tol 7ayaty We Fe Salati Bad3y Asaly Warah

Mohamed Nabina Be Noro Atina
Men Makka 7abiby Noro Sata3 El Madina
We Sala Salato We T7ala Be Sefato
Ya Bakht Elly Fe Dello Mashy Yeshfa3lo Fe Mamato

Men Awel Youm Fe 3omry Sebe3t Aboya We Ommy Beysalo 3alih
Allahom Masaly 3alih

Allah, 7abibny Fel 2eman 7asesny Bel Aman We 2et3ala2t Bek

Allahom Masaly We Salem We Barek 3alih - x2

Nefsy Ashofak Fel Manam, Ya Rasol Allah
We Abky 3ala Ketfak Wanam, Ya 7abibi Allah

We Anol Sharaf Lo2a So7betak We A5aty
Fe Sofof Ometak We At7ama Fek

Mohamed Nabina Be Noro Atina
Men Makka 7abiby Noro Sata3 El Madina
We Sala Salato We T7ala Be Sefato
Ya Bakht Elly Fe Dello Mashy Yeshfa3lo Fe Mamato

Thursday, 10 February 2011

Sabar Dulu...

Sabar dulu... tenang dulu...
Usah dicari kebahagiaan yang sementara
Bahagia kat dunia ni kejap je...
Bahagia kat dunia ni sikit je...
Bahagia kat dunia ni hanya sementara
Tujuan kita kat dunia ni hanya nak dapatkan akhirat
Bahagia di akhirat lebih bermakna
Lebih besar
Bahagia akhirat adalah untuk selama-lamanya

Sabar dulu... tenang dulu...
Bukan senang nak dapat akhirat
Kita terpaksa bayar dengan harga yang mahal
Kena korbankan diri buat sementara waktu
kepahitan yang kita rasai hari ini akan bertukar
Menjadi kemanisan pada suatu hari nanti
Terpaksa ke, dipaksa ke... insyaAllah dapat gak
Tapi kena ingat
Perasaan terpaksa...
Akan menyebabkan rasa tidak tenteram dan susah
Tentu sukar nak solat kalau terpasksa atau dipaksa...
hasilnya kita takkan khusuk dan tak ada rasa manisnya.

Sabar dulu... tenang dulu...
Kita tak ada hak nak menentukan jalan yang bakal ditempuhi
Akan bahagia atau sebaliknya
Itu semua kerja Yang Maha Menentukan
Yang penting cara kita mananganinya
Mestilah mengikut cara yang ditentukanNya.

Sabar dulu... tenang dulu...
Kita masih hidup kat dunia
yeah... kita masih di dunia yang penuh dengan keinginan
Kita manusia biasa, kan?
Manusia biasa yang sudah dibekalkan oleh Allah s.w.t
Sifat daya juang sebagai khalifahNya.

Sabar dulu... tenang dulu...
Bukan senang nak dapatkan pancaran Nur Ilahi
Kena banyak berjuang
Ilmu bukan datang macam tu je
Kita perlu mencari, mengaji dan mengkaji
Kita perlu berguru, bertanya dan berbincang.

Sabar dulu... tenang dulu...
Kita sentiasa hidup dalam keadaan celaru...
Sebab itu kita disuruh solat
Kerana solat itu ada ketenangan
Ada doa yang dikabulkan
Ada perakuan hamba kepada Tuan.

Sabar dulu... tenang dulu...
Di keliling kita ada syaitan yang menggoda
Ada dunia yang mempesona
Ada nafsu keinginan yang tiada berkesudahan
Ada Islam... tapi Islam yang semakin dilupa
Ada ilmuan tapi ilmuan yang sudah dicuriga
Ada kitab tapi kitab yang tak dibaca

Sabar dulu... tenang dulu...
Mari kita sematkan dalam hati
Mahu memperbaiki diri
Bermula dari sini hingga ke akhir nanti
Mulakan dengan langkah pertama
Hingga ke akhirat sana
Hingga nikmat yang terakhir.

Tuesday, 4 January 2011

Dua Ribu Sebelas Menjelma

Selamat tahun baru 2011 kepada saya sendiri dan kepada semua rakan-rakan. Azam tahun ini... mmm... banyak... kalau boleh saya nak kurangkan sesuatu... nak banyakkan sesuatu... nak capai sesuatu... heheh

Begitulah adatnya menyambut tahun baru, penuh dengan azam-azam baru. Tahun baru datang sekali dalam setahun. Kedatangannya disambut untuk menyegarkan, memotivasikan diri yang semakin hari semakin melayu. Namun terlebih-lebih azam pun tak boleh jugak... memudharatkan diri...

Sambutlah tahun baru dengan penuh keinsafan dan melaksanakan muhasabah ke atas diri. Cuba duduk dan berkira-kira berapa banyak azam yang lama sudah dicapai dan berapa banyak yang belum? Apa benda yang kita tidak azamkannya tetapi kita dapat dan apa benda yang kita azamkannya tetapi kita tak dapat? Bagaimana kerjaya kita? Bagaimana kesihatan kita? Bagaimana perkembangan famili kita? adakah bertambah atau adakah berkurang? Macam mana orang sekeliling kita? Dan macam mana ibadah kita...?

Bila bermuhasabah banyak betul persoalan yang timbul. Azam-azam yang terdahulu, yang dah kita capai... syukurlah... ucaplah alhamdulillah. Azam yang belum digapai... InsyaAllah tahun ini akan kita usahakan. Nikmat yang disyukuri itu moga-moga akan ditambah oleh Allah.

Jangan pula lupa... saya ingatkan diri saya sendiri juga pada rakan-rakan ... mari kita berazam untuk mengurangkan sesuatu... mengurangkan makan, mengurangkan tidur... mengurangkan dosa... menjauhkan perkara-perkara yang sia-sia.

Memang kita digalakkan mencari harta benda. Tetapi yang lebih penting kita perlu cari keredhaan Allah ketika kita mencari harta. Untuk mengetahui apa yang Allah redha dan apa yang Allah murka kita kena search dalam Quran dan Hadis. Akhlak sebagai muslimin kena ada di mana-mana pun, pada bila-bila masa pun dan dalam apa pun bidang yang kita kerjakan.

Sebagai akhir kata buat ucapan tahun baru ini sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada diri dan rakan-rakan... hiduplah dengan bahagia, penuhi rumahmu dengan kasih sayang. Ajarkanlah pada ahlimu dengan mengenal syari'ah, melalui panduan Quran dan hadis Nabi Muhammad Sallallahu 'alai wasallam.

Thursday, 9 December 2010

Tidak Membazir...

Berjimat adalah amalan yang sangat mulia pada pandangan umum. Allah menyamakan orang membazir sebagai saudara syaitan. Betapa berat sekali perumpamaan itu! Sekali gus menggambarkan larangan Allah supaya manusia tidak membazir.

Persoalannya, kenapa syaitan? Adakah syaitan membazir?

Sememangnya betul... syaitan amat membazir.

Apa yang syaitan bazirkan? Adakah syaitan makan banyak-banyak sampai tidak habis? Adakah syaitan beli baju mahal-mahal? ehh syaitan pakai baju ke? Adakah syaitan membazir letrik? Adakah syaitan bazirkan air? Adakah syaitan belanjakan duitnya beli ntahapehapentah, atau melancong ke mana-mana? ehhh... syaitan ada duit ke? adakah syaitan pakai kereta mewah, duduk rumah mewah?

Membazir adalah satu sifat berlebih-lebihan mengguna (membeli) sesuatu sehingga ada yang terbuang dengan sia-sia, atau dipanggil boros.

Syaitan amat pembazir... yang syaitan bazirkan adalah masanya, umurnya, badannya dan segala apa yang Allah berikan kepadanya termasuklah keintelektualannya sehingga segalanya itu digunakan untuk melakukan penderhakaan kepada Allah.

Sepatutnya segala nikmat yang Allah bagi kepada kita digunakan untuk mentaati Allah. Kita makan untuk ibadah, kita berpakaian untuk ibadah, kita berjalan untuk ibadah dan masa yang Allah berikan juga tidak kita sia-siakan kecuali untuk ibadah.

Jika kita perlu makan hanya untuk ibadah... maka patutkah kita makan hingga membazir? Jika kita perlu berpakaian untuk memenuhi tuntutan Allah adakah kita perlu bermewahan sehingga terjadi pembaziran yang diamalkan oleh musuh Allah (syaitan)?

Dalam kita menikmati kehidupan ini, kita perlu membezakan antara keperluan (daruriy), kehendak (iradiy) dan kemewahan (tahsiniyat).

Autoriti mesti jelas... mana yang penting dan yang mana yang lebih penting. Segala urusan mestilah dilakuan mengikut urutan tahap kesegeraan dan kepentingannya. Hal ini amat ditekankan dalam pelajaran Fiqh al-aulawiyat.

Semoga kita sama-sama dapat menghindari pembaziran... kerana pembaziran merugikan. Bejimat itu satu kemuliaan, menyelamatkan apa kemungkinan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...