Friday 31 July 2009

Syaaban masa paling sesuai muhasabah diri

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan",
bermaksud : "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.

Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.

Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.

Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?

Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?

Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.

Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan. Firman Allah bermaksud:

Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa." – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).

Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan. Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.

Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud:

Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123).
Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.

Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata:

Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban".

Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.

Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.

Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?

Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah:

Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."
Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.

INFO

  • Syaaban adalah detik memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala.
  • Jiwa pejuang adalah menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
  • Antara perkara disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang.
  • Kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Masa sesuai muhasabah diri.
Sumber: http://hanistantawi.blogspot.com/

Wednesday 29 July 2009

Menjaga Diri dan Keluarga

Dicatat oleh WAN HISYAM

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu, dan mereka yang menguasainya ialah malaikat-malaikat yang kasar dan bengis, mereka tidak menderhakakan Allah dalam segala tugas yang diperintahkan kepada mereka dan mereka melaksanakan segala apa yang disuruhkan kepada mereka.” -Al-Tahrim : 6

Jika diperhatikan masyarakat di sekeliling kita pada masa ini, kita akan dapati bahawa masyarakat kita kini terdedah kepada gaya kehidupan yang tidak memakai ajaran Islam sepenuhnya. Malah ada sebahagian masyarakat kita, yang terdiri daripada laki-laki dan wanita-wanita, muda atau tua, belia atau remaja sedang mengamalkan gaya hidup, pemikiran serta memegang watak sebagai seorang kafir.

Masyarakat Islam sebenarnya menghadapi ancaman-ancaman dari musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata. Kita terjerat oleh kedua-dua ancaman ini. Musuh Islam yang nyata adalah kaum-kaum yang dinyatakan oleh Allah “tidak akan redha terhadap kamu oleh kaum yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka”. Manakala musuh yang kita tidak nampak pula adalah syaitan yang sentiasa menghasut pemikiran serta hawa nafsu kita ke arah kejahatan dan penentangan terhadap agama Allah.

Kita sentiasa lihat, dengar dan tahu wujudnya jenayah seperti rompak, ragut, serta pembunuhan. Selain itu, tidak kurang juga gejala social yang tidak sihat terjadi dalam masyarakat seperti, zina, pelacuran, pergaulan tanpa batasan, pembuangan bayi. Begitu juga dengan masalah murtad, pengabaian ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, berpakaian tidak menutup aurat serta perilaku yang ekstrim dan sebagainya. Ini adalah beberapa unsur-unsur yang wajib dihindari oleh setiap muslim serta menjadi tanggungjawab seorang muslim menjaga ahli keluarganya supaya tidak terjebak dengan gejala-gejala yang disebutkan.

Sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang muslim terhadap dirinya dan kelurganya adalah suatu tanggungjawab yang menakutkan. Anak dan isteri adalah tanggung jawab suami. Sang suami tidak boleh hanya melepaskan diri sendiri dari ancaman api neraka tanpa memimpin anak-anak dan isteri keluar dari ancaman itu. Oleh itu, muslim wajib mendidik diri sendiri, anak-anak dan isteri supaya melindungi diri dari api neraka yang menyala-nyala dengan begitu dahsyat dan hebat. Ajarlah anak-anak supaya mentaati Allah dan Rasulullah. Tarbiyyah diri mereka dengan akhlak mahmudah, kasih sayang dan sentiasa menghadirkan niat kerana Allah dalam segala perbuatan.

Gambaran neraka seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran adalah api yang sangat panas yang mana bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batu. Manakala penguasanya pula ialah malaikat-malaikat yang bersifat bengis, kasar, yang melaksanakan perintah Allah dengan taat dan setia. Pada hari pembalasan itu tidak berguna lagi meminta maaf kerana malaikat hanya menjalankan tugas mereka sahaja.

Inilah hakikat yang harus difahami oleh keluarga Islam. Seorang muslim mesti menumpukan dakwah kepada keluarga; anak-anak, ibu dan isteri supaya faham konsep Islam serta sentiasa menjauhkan mereka dengan perkara-perkara yang boleh terdedah kepada api neraka. Fahaman inilah yang akan membentuk bapa yang muslim, ibu muslimat serta rumah tangga muslim. Untuk mencapai tujuan tersebut Islam terlebih dahulu menganjurkan supaya seorang muslim mencari ibu yang muslimat untuk menjaga anak-anak yang berupa tunas-tunas Islam yang bakal lahir sebagai pemimpin pada masa akan datang.

Cabaran yang dihadapi oleh para Muslim dalam memilih pasangan pada zaman kini lebih susah berbanding dengan zaman dahulu. Ini kerana unsur-unsur yang tidak baik kian tumbuh dan mengakar dalam masyarakat kita. Adalah amat sukar untuk mendapatkan seorang calon isteri yang betul-betul muslimah solehah, yang baik agamanya, adabnya, pengetahuannya dalam suasana para wanita hari ini sedang sibuk menghias diri, menganuti fahaman kebebasan, mengejar kerjaya dan angkuh dek kerana semangat feminism yang kian meningkat. Seorang Muslim perlu mengorbankan banyak perkara dalam menerima calon isteri yang baik. Ia seharusnya menolak kejelitaan palsu, menolak kecantikan yang terdidik di rumah fasiq,menolak rupa paras yang menarik tanpa ada asas agama yang kuat.

Sebaliknya mereka perlu memilih wanita beragama untuk menjadi penolong membangunkan rumah tangga Islam, iaitu sebuah kubu Islam yang didiami oleh anak-anak Islam. Amanah dan peranan ini terletak di tangan suami untuk membangkitkan kekuatan Islam pada masa akan datang dengan bantuan isteri solehah. Tanpa ada dokongan dan sokongan yang padu dari si isteri solehah, tentu sekali sukar untuk mencapai matlamat keluarga muslim malah mungkin akan tersasar ke sudut yang lebih buruk.
Rasulullah S.A.W. menyebut dalam hadisnya:
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggung jawab ke atas yang dipimpinnya".
Kekuatan ummat bermula dari rumah. Oleh itu, seorang muslim seharusnya terlebih dahulu melaksanakan dakwah, pendidikan, penyediaan kepada keluarga mereka sendiri sebelum melaksanakannya kepada orang lain. Anak-anak dan isteri mesti diberi faham bahawa Islam adalah aqidah, pegangan, undang-undang, peraturan hidup, sistem lengkap kehidupan, sumber kefahaman dan pemikiran.

Tuesday 7 July 2009

Prayer in Islam

Prayer in Islam
No pictures, no idols, no symbols, then what do Muslims pray to?
No burning of incense, no joss sticks, no paper money, no flowers, then what do Muslims use for prayer?
No priests, then who guides Muslims in their prayer?
No holy water, no peacock feathers, then how Muslims blessed?
No chairs in mosques, then where do Muslims sit when they pray?
They don’t speak in Arabic here, then why do Muslims pray in Arabic?
A big prayer hall, but why are only a few Muslims praying here?

The Unseen CreatorMuslims pray to the Unseen Creator Who created everything. His power to create is limitless. All He needs to say is ‘Be’ and it comes into existence. Everything came from Him and will return to Him.
He does not have a son, and was not fathered by anyone.
He has no partners, and is unlike anything that the human mind can imagine.
The Arabic word for God or the Unseen Creator is Allah.
Some say that when we drink water, we must remember the person who dug the well.
T he aims of a muslim’s prayer are to remember and grateful to Allah The Merciful, The Creator of the water and the person who dug the well.

No Burning of IncensePrayer in Islam is a simple activity that consists of a series of body postures and recitation of The Noble Qur’an.
It is an environment-friendly prayer in that it does not require burning of paper or other substances.
The practice of making “offerings” to God is unacceptable in Islam.
God is self-sufficient and has no needs.

No PriestsThe imam leads the prayer in the mosque. A person who has good knowledge of Islam and is able to recite The Qur’an well and lecture to gathering during the Friday noon prayer is appointed as the imam of the mosque.
The imam is not a priest in that he is not an intermediary between God and man. Muslims seek the mercy of God directly.

No peacock FeathersIslam calls on the believers to base their faith on reason and logic and not on blind beliefs such as believing that sprinkling holy water on the body or stroking the body with peacock feathers will drive away bad luck and bring prosperity.
To receive the mercy and blessings of God, Muslims are commanded to base their life on what is permitted and keep away from the things prohibited in the Noble Qur’an such as gambling, intoxicants and adultery.

No Chairs
The Muslim prayer positions consist of standing, bowing, sitting and placing the forehead in the floor.
It is not possible to di these while sitting on a chair.
Thus all Muslim prayer places are furniture-free.
There are no ‘reserved’ places in the prayer area. All Muslims pray as equals.

Prayer in Arabic
Muslim use the Words of God when praying to Him. They recite verses from The Noble Qur’an which is in Arabic.
Praying in the language of the Qur’an ensures uniformity. A Muslim can go to any mosque in the world and join the prayer without any difficulty.
Praying in the language of The Qur’an ensure accuracy. Translations of the meanings of the verses in The Qur’an are not used in prayer.
At the end of the formal prayer, Muslim can seek the forgiveness and blessings of God in their own languages.


Prayer in Any Clean Place
Muslim can perform their five daily prayers in mosques, homes or in any clean place.
In some places, only a small number pray in mosques, and they are usually those staying near the mosque and visitors.
Muslim are required to perform the Friday noon prayer in the mosque. The mosque is packed during this prayer and in some place, Muslims pray in the compound of the mosque due to lack of space inside.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...